Sabtu, Mei 28, 2011

Namebench

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melayari internet adalah sesuatu yang menjadi kemestian bagi ramai pengguna komputer sekarang. Tanpanya mungkin saja ada antara pengguna tidak dapat duduk diam dan merasa kekurangan serta kehilangan sesuatu dalam rutin harian mereka.

Walaupun kemudahan penyambungan talian internet begitu mudah dan senang untuk diperolehi, tapi apa yang sering menjadi rungutan dan dipertikai adalah ehwal kecepatan/kelajuan talian internet berkenaan. Banyak usaha dan cubaan yang dilakukan pengguna bagi mempercepatkan talian internet yang mereka gunakan, samada melalui perisian mahupun peralatan tertentu.

Di sini dikongsikan antara alatan/tool yang mungkin dapat membantu dalam usaha melajukan talian internet iaitu namebench.

Secara ringkasnya namebench adalah perisian pencari pelayan DNS (Domain Name System) yang paling cepat/laju untuk digunapakai dalam konfigurasi penyambungan talian internet/rangkaian. Bagi mempergunakannya pada Ubuntu, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Pasang namebench melalui Ubuntu Software Center; atau melalui Terminal dengan menaipkan arahan sudo apt-get install namebench.

  2. Untuk menjalankan Namebench di Ubuntu 11.04, tekan gabungan kekunci Alt dan F2 bagi membuka Run Command di Unity dash kemudian taipkan namebench pada kotak isian yang disediakan.



    Bagi pengguna Ubuntu 10.04 & 10.10 namebench disenaraikan pada menu Applications > Internet > namebench.

  3. Secara lalai/default, setiap pilihan dan kotak isian pada tetingkap namebench akan diisikan mengikut konfigurasi sambungan internet biskita. Walaupun begitu, biskita boleh mengubahnya mengikut kehendak dan kesesuaian sendiri.



    Klik butang Start Benchmark untuk meneruskan. Proses benchmark berkenaan akan memakan masa mungkin 10 ke 15 minit untuk selesai.

  4. Keputusan benchmark akan dipaparkan secara automatik melalui pelayar sesawang biskita sebaik sahaja proses benchmark selesai dilaksanakan (contoh imej di bawah);


Ringkasan cara menggunakan pelayan DNS dari hasil keputusan benchmark;
  1. Buka Network Connections dan edit rangkaian yang biskita gunakan.


  2. Klik tab IPv4 Setting, dan isikan pada kotak DNS Servers dengan DNS dari keputusan benchmark yang dilaksanakan.


  3. Jika menkonfigurasi pada router, gantikan/isikan Primary DNS dan Secondary DNS yang ada dengan keputusan benchmark yang telah dijalankan.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan