Jumaat, Mei 06, 2011

Seminggu Selepas Pelancaran Ubuntu 11.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah berlalu seminggu pelepasan versi penuh Ubuntu 11.04 Natty Narwhal, pasti masih ada antara pengguna yang berterusan mempelajari serta membongkar ciri-ciri yang terdapat padanya. Sejak itu juga, ada yang teruja dan kecewa serta bermacam lagi keluhan dan luahan pendapat mengenainya. Yang paling biasa diperbahaskan adalah persekitaran paparan antaramuka desktop Unity yang digunakan.

Unity adalah antara perubahan yang dengannya memberikan identiti tersendiri untuk Ubuntu. Bagi pengguna Ubuntu seharusnyalah berbangga dengan pembaharuan ini dan bersedia dalam setiap perubahan yang dilaksanakan. Jangan biarkan kita selesa dengan yang sudah terbiasa tetapi hendaklah akan terus bersama-sama melangkah ke hadapan demi perubahan dan kemajuan Ubuntu.

Walau apapun pendapat mengenainya, semua itu bukanlah dijadikan penghalang untuk berterusan menyokong serta mempergunakan Ubuntu. Pengguna ada kebebasan untuk membuat pilihan samada menggunakan Unity, Unity 2D, Gnome Classic mahupun Gnome 3. Itulah keistemewaan Ubuntu sebagai sistem pengoperasian komputer sumber terbuka, penggunanya bebas memilih paparan antaramuka mana yang hendak digunakannya. Malahan bagi yang berkebolehan dalam pengaturcaraan, bebas untuk mengubahsuai mengikut keperluan dan kesukaannya.

Kepada pengguna masih belum bersedia untuk menggunakan Unity, ia masih boleh menggunakan Gnome Classic dengan memilihnya pada ketika log masuk (login) ke Ubuntu;

 -> 

Selain itu, bagi pengguna yang memiliki komputer yang tidak menyokong Unity 3D, bolehlah menggunakan Unity 2D yang lebih ringan. Biskita dapat memasangnya dengan menaipkan arahan di bawah melalui Terminal;
  • sudo add-apt-repository ppa:unity-2d-team/unity-2d-daily

  • sudo apt-get update

  • sudo apt-get install unity-2d

Bagi yang ingin mempergunakan Gnome 3 sebagai paparan antaramuka desktop Ubuntu 11.04, bolehlah memasangnya dengan menaipkan arahan di bawah melalui Terminal;

  • sudo add-apt-repository ppa:gnome3-team/gnome3

  • sudo apt-get update

  • sudo apt-get dist-upgrade

  • sudo apt-get install gnome-shell
Perhatian: Selepas pemasangan Gnome 3, pengguna tidak akan dapat mempergunakan Unity kembali. Pada ketika ini Gnome 3 hanya stabil digunakan pada Fedora dan openSuse sahaja. Untuk menggunakannya dalam Ubuntu, dinasihatkan untuk menantikan pada Ubuntu versi 11.10 yang akan dilancarkan pada bulan oktober 2011.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan