Sabtu, Mei 21, 2011

UltraSurf

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entri kali ini dikongsikan cara pemasangan UltraSurf iaitu sebuah aplikasi yang dengannya membolehkan pengguna internet melepasi sekatan Proxy yang diset pada Firewall. Keterangan lanjut mengenainya boleh biskita perolehi pada laman sesawang UltraSurf di http://www.ultrareach.com/.

Walaupun UltraSurf dibangunkan untuk digunakan dalam Window$, namun ianya juga dapat digunakan pada Ubuntu samada versi 10.04, 10.10 & 11.04. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Pasang terlebih dahulu Wine ke dalam Ubuntu.

  2. Muat turun fail mfc42.zip dan msvcp60.zip di http://www.dll-files.com/. Ekstrak fail berkenaan kemudian salin fail mfc42.dll dan msvcp60.dll ke folder /home/YOUR-USERNAME/.wine/dosdevices/c:/windows/system juga ke dalam folder /home/YOUR-USERNAME/.wine/dosdevices/c:/windows/system32

    Nota: Folder/fail yang dipermulaan namanya ada . seperti .wine, adalah folder tersembunyi (hidden). Untuk menayangkan folder/fail berkenaan ketika menggunakan Nautilus, tekan gabungan kekunci Ctrl + h atau; pada menu bar Nautilus pilih View dan pilih Show All Hidden Files.

  3. Muat turun UltraSurf di http://www.ultrareach.com/download_en.htm

  4. Muat turun fail wjbutton_en.zip (Add-on untuk Firefox) dan ekstrak fail tersebut. Selepas itu, buka pelayar sesawang Firefox, kemudian seret (drag) fail wjbutton_en.xpi ke dalam tetingkap Firefox; ikuti arahan yang dipaparkan bagi meneruskan pemasangannya.

Ringkasan menggunakan UltraSurf:
  1. Dwiklik fail UltraSurf (contoh U1009.exe) ataupun klik butang kanan tetikus pada fail tersebut kemudian pilih Open With Wine Window Program Loader untuk menjalankan/membukannya.

       ->   

  2. klik butang Option yang ada pada tetingkap UltaSurf, dan apabila terpapar tetingkap Option, tik kotak pilihan (checkbox) Do not use IE dan juga Hide Golden Lock.



    Selepas itu, klik butang Proxy Setting dan pastikan biskita memilih Directly use UltraSurf.



  3. Buka pelayar sesawang Firefox. Pada add-on bar (bar sebelah bawah) klik WJ Disabled bagi mengaktifkannya menjadi WJ Enabled. Setelah itu biskita bolehlah menggunakan Firefox seperti biasa.



    Untuk memastikan alamat IP yang digunakan adalah alamat IP yang disediakan/diberikan oleh UltraSurf, biskita boleh memeriksanya melalui laman sesawang What Is My Ip Address di http://www.whatismyip.com/

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

0 ulasan:

Catat Ulasan