Memaparkan catatan dengan label Memasang Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memasang Ubuntu. Papar semua catatan

Rabu, Februari 17, 2010

Merancang Partisi Hardisk Sebelum Memasangan Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas saya bersama rakan telah berbincang mengenai ehwal yang bersanggkutan dengan pemasangan Ubuntu. Antara isu yang dibangkitkan adalah berkisar tentang partisi ruang hardisk, yang mana terdapat di antara pengguna yang kurang memberikan perhatian apatah lagi membuat perancangan untuk tujun tersebut. Walaupun untuk membuat partisi dianggap sukar oleh sebahagian pengguna terutama pengguna baru, tetapi dengan adanya kemudahan peralatan GParted yang mesra pengguna insya Allah setiap pengguna pasti dapat melakukannya dengan mudah.

Membuat perancangan dalam apa jua perkara yang hendak dilakukan adalah sesuatu yang penting bagi kelancaran dan kejayaannya. Begitulah juga hal nya dalam pemasangan Ubuntu, pengguna perlu meluangkan sedikit masa bagi merancang dan membuat perkiraan dalam pembahagian ruang hardisk sebelum memulakan instalsi Ubuntu.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Penggunaan CD Ubuntu Alternate

Kadangkala berlaku kekeliruan penggunaan Live CD Ubuntu dalam pemasangannya pada komputer yang mempunyai konfigurasi rendah. Untuk jenis komputer tersebut, biskita hendaklah menggunakan CD Ubuntu Alternate.

CD Ubuntu Alternate adalah direka khusus untuk digunakan pada komputer yang tidak boleh menjalankan instalasi menggunakan Graphical Desktop Based atas sebab tidak memenuhi keperluan konfigurasi minima Ubuntu. Walaupun begitu CD Alternate adalah boleh digunakan pada komputer yang konfigurasinya memenuhi kehendak dan keperluan yang dicadangkan (Recommended) oleh Ubuntu. Sila rujuk di https://help.ubuntu.com/community/Installation/SystemRequirements#Desktop installation untuk keterangan lanjut mengenai dengan keperluan konfigurasi komputer bagi pemasangan Ubuntu.

Untuk memuat turun fail iso Ubuntu 9.04 Alternate sila layari http://www.ubuntu.com/getubuntu/downloadmirrors. Selain itu, biskita juga boleh menghubungi ubuntubrunei(at)linuxmail(dot)org bagi mendapatkan CD Ubuntu 9.04 Alternate atau Xubuntu 9.04 Alternate mahupun Kubuntu 9.04 Alternate.

Isnin, Ogos 03, 2009

Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu

Disini ingin saya mengongsikan kepada biskita tentang apa yang saya lakukan sebaik sahaja selesai memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope;

1. Membuat konfigurasi dan penetapan dalam Software Source. Caranya daripada menu System buka Software Source (System > Administration > Software Source).



Pada tab Ubuntu Software (gambar atas) tik kesemua Check Box yang ada pada ruang Downloadable from the internet.

Pada tab Third-Party Software (gambar bawah), tik kesemua Check Box yang ada. Setelah selesai tutup tetingkap Software Source dan tekan butang Reload.



2. Mengemaskini (Update) sistem Ubuntu melalui Update Manager (System > Administration > Update Manager).

3. Saya akan memasang Startup-Manager bagi kemudahan menkonfigurasi menu GRUB. Untuk tujuan itu, melalui Terminal taipkan arahan di bawah bagi tujuan pemasangannya.
  • sudo apt-get install startupmanager


Sebelum menkonfigurasi menu GRUB, pastikan ianya di backup terlebih dahulu dengan menggunakan arahan di bawah melalui Terminal;
  • sudo cp /boot/grub/menu.lst /boot/grub/menu-backup.lst
4. Menkonfigurasi Firewall. Walaupun Ubuntu adalah immune daripada Virus, tetapi pengguna perlu melindungi komputer dari di akes oleh penceroboh dengan menggunakan Firewall. Secara default UFW telah pun terpasang dalam Ubuntu, tetapi untuk kemudahan konfigurasi, saya akan memasang GUFW melalui terminal dengan menaipkan arahan di bawah.
  • sudo apt-get install gufw


Selain itu, alternatif lain Firewall yang boleh digunakan adalah Firestarter; untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal.
  • sudo apt-get install firestarter
5. Memasang Ubuntu-Restricted-Extras; Untuk membolehkan mendengar MP3, melihat video, menjalankan Java dan seumpamanya, saya akan memasang Ubuntu-Restricted-Extra Package. Dalam package tersebut dimuatkan juga beberapa Codec lain untuk audio/video, Adobe Flash serta Microsoft core fonts. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Memasang Ubuntu Tweak. Rujuk pada entri Ubuntu Tweak.

7. Memasang Gnome Do; Dengannya memudah untuk membuat pencarian dan mempercepat melakukan sesuatu perkara dalam Ubuntu. Kurang lebih sama dengan QuickSilver dalam Mac dan Launchy dalam Windows. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install gnome-do


8. Memasang CompizConfig Settings Manager (CCMS); Rujuk pada entri Memasang CompizConfig Setting Manager.

Sabtu, Ogos 01, 2009

Memasang Ubuntu Menggunakan Wubi

Terdapat beberapa cara dan pilihan untuk memasang Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope dalam komputer. Samada memasangnys secara Clean Install - memasang ubuntu dan menjadikannya satu-satunya sistem pengoperasian dalam komputer, Dual Boot - memasang Ubuntu secara dual boot dengan sistem pengoperasian Windows, dan Wubi - memasang Ubuntu didalam Windows tanpa perlu menyediakan partition terlebih dahulu.

Bagi pengguna baru ataupun yang ingin mencuba Ubuntu, seringkali menghadapi kesukaran untuk melakukan instalasi Dual Boot; terutama pada proses membuat partition. Tetapi insya Allah dengan kemudahan GUI dalam membuat partition ianya tidaklah sesukar mana yang disangkakan. Insya Allah perkara ini akan diterangkan dimasa akan datang.

Untuk ketika ini, diterangkan cara memasang Ubuntu dalam komputer menggunakan Wubi. Pemasangan Ubuntu menggunakan Wubi seringkali digunapakai oleh pengguna yang ingin mencuba terlebih dahulu Ubuntu sebelum memasangnya secara Clean Install mahupun secara Dual Boot dengan sistem pengoperasian Windows. Ianya mudah dan sama seperti bagaimana biskita memasang aplikasi lain dalam Windows. Malahan, setelah pemasangannya biskita juga boleh membuang/uninstall Ubuntu dengan mudah melalui Add/Remove Applications daripada Control Panel.

Cara/Langkah melakukan Instalasi Ubuntu menggunakan Wubi;

1. Masukkan live CD Ubuntu dalam CD Drive dan secara automatik tetingkap Ubuntu CD Menu (gambar bawah) akan dipaparkan.



2. Klik butang Install Inside Windows, tetingkap Ubuntu Setup (gambar bawah) akan terpapar.



3. Pada ruangan Installation Drive (xx GB free), membolehkan untuk biskita menentukan di drive mana hendak dipasang Ubuntu. Ruang Installation Size (GB), jika biskita mempunyai ruang hard disk yang besar, biskita boleh mengubahnya mengikut kehendak yang biskita mahukan. Ruangan Desktop Enviroment, secara default adalah Ubuntu. Ruangan Language, secara default adalah English. Pada Ruangan Username, taipkan username biskita untuk digunakan dalam Ubuntu (sebaiknya gunakan small letters sahaja). Ruang Password, taipkan password biskita untuk digunakan dalam Ubunutu.

4. Setelah selasai biskita melakukan konfigurasi dan penetapan dalam tetingkap Ubuntu Setup, tekan butang Install untuk meneruskan. Tetingkap Installing Ubuntu (gambar bawah) akan dipaparkan.



5. Setelah selesai dimuat turun fail-fail sistem Ubuntu, tetingkap Completing The Ubuntu Setup Wizard (gambar bawah) akan terpapar. Klik Reboot atau I want to manually reboot later. Selesai.



6. Semasa reboot, biskita akan diberikan pilihan menu (gambar bawah) samada untuk menggunakan Windows ataupun Ubuntu. Pilih Ubuntu dan masukkan Username juga Password biskita untuk memasuki desktop Ubuntu.