Memaparkan catatan dengan label Anti Virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anti Virus. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 05, 2011

Ubuntu Bebas Dari Virus?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Memang Ubuntu sehingga ke hari ini seolah-olah kebal dari serangan mahupun dijangkiti oleh virus. Inilah antara kehebatan dan kelebihan Ubuntu berbanding dengan OS komersial.

Hal ini sememangnya masih diragui oleh ramai pengguna Window$. Malahan apabila diperingkat awal mereka menggunakan Ubuntu, pastinya aplikasi anti-virus dan juga virus menjadi perhatian utama. Keadaan ini berpunca atas sebab minda kita telah lama terpengaruh dengan anti-virus pada Window$.

Walau macamana pun, bagi meredakan dan menghilangkan rasa keraguan biskita; ada terdapat beberapa aplikasi anti-virus yang dibuat khusus untuk digunakan dalam Ubuntu iaitu seperti ClamTK yang dibangunkan secara sumbar terbuka (Open Source). Ianya percuma dan biskita boleh mendapatkan atau memasangnya melalui Ubuntu Software Center.

Insya Allah semakin lama biskita menggunakan Ubuntu, rasa keraguan akan kekebalan Ubuntu dari virus akan hilang dan saya percaya biskita akan berkeyakinan menggunakan Ubuntu walau tanpa ada terpasang anti-virus sekalipun.

Rabu, Ogos 12, 2009

Anti-Virus Untuk Ubuntu

Seringkali dipertanyakan oleh rakan-rakan pengguna Windows yang baru berpindah/menggunakan Ubuntu mengenai dengan perlindungan sistem Ubuntu dari serangan Virus. Saya perakui yang keraguan kepada kekebalan Ubuntu daripada serangan virus terutama pengguna baru tidak dinafikan dan setiap pengguna ada alasannya tersendiri.

Terdapat beberapa jenis Anti-Virus yang dibuat khusus untuk dipasang dan digunakan dalam Ubuntu. Antaranya adalah ClamAV/ClamTk (Clam AntiVirus), aVast Anti-Virus, AVG Anti Virus, BitDefender dan bermacam lagi. Kebiasaannya anti-virus diperlukan dalam Ubuntu jika menyediakan perkhidmatan melalui server. Tujuannya adalah bagi melindungi pengguna Windows yang akses mahupun menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pengguna yang berhajat menggunakan anti-virus dalam Ubuntu, bolehlah memasang mana-mana jenis anti-virus sepertimana yang dinyatakan diatas (sila layari website anti-virus berkenaan untuk keterangan lanjut mengenainya). Disini hanya diterangkan cara pemasangan ClamAV/ClamTk:
  1. Buka Add/Remove Applications (Applications > Add/Remove Applications).


  2. Pada ruang kotak "Show" pilih All available applications. Pada kotak "Search" taipkan ClamAV atau ClamTk ataupun Virus Scanner.
  3. Tik checkbox Virus Scanner (ClamAV/ClamTk dinamakan sebagai Virus Scanner), kemudian klik butang Apply Changes dan ikuti segala arahan yang dipaparkan untuk meneruskan pemasangannya.
  4. Setelah selesai Ubuntu memasangnya dalam komputer, ClamAV/ClamTk akan disenaraikan dalam menu Applications > System Tools > Virus Scanner. Sila rujuk website ClamAV/ClamTk untuk keterangan cara menggunakannya.

Khamis, Jun 25, 2009

Ubuntu Immune Dari Virus?

Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011