Memaparkan catatan dengan label Themes/Wallpaper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Themes/Wallpaper. Papar semua catatan

Rabu, April 06, 2011

DesktopNova

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DesktopNova adalah antara apalikasi (sepertimana CreBS) yang dengannya akan membolehkan imej/gambar dinding (wallpaper) desktop Ubuntu ditukar ganti secara automatik mengikut masa yang ditentukan oleh pengguna.

Untuk memasang DesktopNova ke dalam Ubuntu 10.04/10.10, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka terminal daripada menu Applications > Accessories > Terminal, kemudian taipkan atau salin dan tampal arahan di bawah;

    • sudo add-apt-repository ppa:haliner/ppa

Isnin, April 04, 2011

Memasang Tema Ikon Faenza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tema ikon Faenza adalah antara set ikon yang menjadi kegemaraan mahupun kesukaan sebahagian pengguna untuk digunapakai bagi menggantikan set ikon yang sedia ada pada sistem Ubuntu.

Kepada pengguna Ubuntu 10.04 & 10.10 yang berkeinginan membuat modifikasi tampilan ikon pada sistem Ubuntu mereka, bolehlah mencuba mempergunakan set ikon berkenaan dengan mengikuti cara dan langkah di bawah;

Selasa, Februari 22, 2011

Membuat Slide Untuk Latarbelakang Desktop Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CreBS (Create Background Slideshow) merupakan alatan yang dengannya memudahkan pengguna membuat pertunjukan slide (Slideshow) gambar/imej untuk latarbelakang desktop Ubuntu. Melaluinya membolehkan pengguna memilih dan menentukan gambar mana yang hendak ditayangkan secara bertukar ganti mengikut masa yang ditetapkan.

Untuk memasang CreBS, sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  • Buka terminal melalui menu Applications -> Accessories -> Terminal.

  • Taipkan teks arahan di bawah:-

Isnin, Februari 22, 2010

Menset Wallpaper Berbeza Pada Setiap Ruang Kerja Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Menghiasi ruang desktop Ubuntu dengan imej/gambar sebagai wallpaper adalah antara perkara yang perlu dilakukan oleh sebahagian pengguna. Malahan imej-imej ini akan ditukar ganti mengikut selera masing-masing.

Antara kelebihan dan keistemewaan yang ada pada Ubuntu adalah mempunyai beberapa ruang kerja (workspace/virtual desktop). Secara default, Ubuntu menyediakan dua ruang kerja yang boleh digunakan oleh pengguna. Walaumacamana pun jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, dan kebanyakkan pengguna akan menambahnya kepada 4 ruang kerja.

Dalam usaha untuk mengguna/menukar imej bagi dijadikan wallpaper desktop Ubuntu, setiap wallpaper yang dipilih akan juga digunakan disetiap ruang kerja (workspace/virtual desktop) yang ada. Keadaan ini menyebabkan sebahagian pengguna berkeinginan untuk memberikan imej yang berbeza bagi setiap ruang kerja Ubuntu mereka. Sememangnya ini boleh dilakukan dan ada terdapat bermacam kaedah ataupun cara untuk melaksanakannya. Antaranya adalah seperti langkah di bawah;

Khamis, Ogos 13, 2009

Wallpaper Tray

Wallpaper Tray adalah antara aplikasi untuk pengurusan gambar/imej Wallpaper pada desktop Ubuntu. Sepertimana Desktop Drapes, Wallpaper Tray juga membolehkan Wallpaper pada desktop Ubuntu ditukar ganti secara automatik mengikut masa dan jenis imej yang ditentukan oleh pengguna. Untuk memasangnya adalah seperti berikut;

1. Buka Synaptic Package Manager (System > Administration > Synaptic Package Manager).

2. Pada kotak "Quick Search" taipkan wallpaper-tray. Tik Checkbox yang ada pada wallpaper-tray, apabila terpapar context menu pilih mark for installation (seperti gambar bawah).



3. Klik butang Apply (seperti gambar bawah). Setelah selesai Ubuntu memasangnya ke dalam komputer, tutup tetingkap Synaptic Package Manager.



4. Untuk menggunakan/mengaktifkan Wallpaper Tray; Right clik panel samada panel disebelah atas ataupun bawah, apabila terpapar context menu, pilih Add to panel (seperti gambar bawah).



5. Tetingkap Add to panel akan dipaparkan, pilih Wallpaper Tray dan klik butang Add (seperti gambar bawah). Satu ikon short cut akan diletakkan pada panel.



6. Bagi menkonfigurasi Wallpaper Tray, right click ikon Wallpaper Tray dan pilih Preferences (seperti gambar bawah).



Untuk keterangan lanjut mengenai Wallpaper Tray sila layari https://help.ubuntu.com/community/WallpaperTray

Rabu, Julai 29, 2009

Desktop Drapes

Ada kalangan rakan pengguna Ubuntu yang bertanyakan bagaimana cara untuk menukar gambar latar belakang desktop Ubuntu secara automatik? Untuk tujuan tersebut ada banyak aplikasi yang boleh digunakan, antaranya adalah Desktop Drapes - http://drapes.mindtouchsoftware.com/.



Desktop Drapes merupakan sebuah aplikasi pengurusan gambar latar belakang (wallpaper) desktop Ubuntu. Dengannya membolehkan wallpaper ditukar secara automatik mengikut masa yang ditentukan. Penggunaannya sangat mudah dan biskita hanya perlu menentukan/memilih wallpaper mana yang disukai untuk ditayangkan secara bergilir-gilir ataupun bertukar ganti.

Untuk memasang aplikasi Desktop Drapes, buka Terminal (Applications > Accessorise > Terminal), taipkan arahan dibawah dan tekan enter.
  • sudo apt-get install drapes
Setelah Ubuntu selesai melakukan instalasi, Desktop Drapes akan disenarikan dalam menu System > Preferences > Desktop Drapes.

Isnin, Julai 27, 2009

Memasang Themes Bisigi Project

Selain menggunakan themes yang tersedia ada pada Ubuntu, pengguna juga boleh menggunakan atau memuat turun themes yang ada di internet. Terdapat banyak themes menarik yang boleh dipasang pada Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope. Antaranya adalah themes yang disediakan oleh Bisigi Project - http://francois.vogelweith.com/?lang=en.






Untuk memasang themes berkenaan, sila ikuti langkah dibawah:-

1. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah untuk menambah repository verification key.
  • sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com 0x1781bd45c4c3275a34bb6aec6e871c4a881574de
2. Buka Software Sources (System > Administrations > Software Sources), klik tab Third Party Software dan klik butang Add. Masukkan PPA Launchpad repository address di bawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add Source.
  • deb http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu jaunty main
  • deb-src http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu jaunty main
3. Untuk memasang kesemua Themes - Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah.
  • sudo aptitude update
  • sudo aptitude install zgegblog-themes
4. Untuk memasang themes yang dipilih atau dikehendaki saja, copy dan paste arahan di bawah.

AquaDreams: sudo aptitude install aquadreams-theme
Ubuntu Sunrise: sudo aptitude install ubuntu-sunrise-theme
Bamboo-Zen: sudo aptitude install bamboo-zen-theme
Step into Freedom: sudo aptitude install step-into-freedom-theme
Tropical: sudo aptitude install tropical-theme
Balanzan: sudo aptitude install balanzan-theme
Exotic: sudo aptitude install exotic-theme
Wild Shine: sudo aptitude install wild-shine-theme
Infinity: sudo aptitude install infinity-theme
Showtime: sudo aptitude install showtime-theme