Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah hari ini Rabu, 31 Ogos 2011
telah bermulanya Hari Raya Aidil Fitri
di Negara Brunei Darussalam.


Sumbar imej diperoleh daripada SeniNet

Dikesempatan bulan Syawal yang mulia ini,
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.




Selasa, Ogos 02, 2011

Selamat Menunaikan Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini 2 Ogos 2011 telah bermulanya puasa Ramadhan
di Negara Brunei Darussalam.


Sumbar imej diperoleh daripada SeniNet

Dikesempatan bulan yang penuh keberkahan ini,
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.


Rabu, Jun 15, 2011

Ulang Tahun Ke 2 Blog Ubuntu Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah hari ini 15 Jun 2011 adalah ulang tahun ke dua Blog Ubuntu Brunei. Semogalah Blog ini akan dapat berterusan memberikan sedikit sumbangan dan dengan pengharapan akan semakin ramai orang-orang kitani untuk mencuba dan mempergunakan Ubuntu sebagai alternatif kepada sistem pengoperasian komputer komersial.

Walaupun matlamat dan harapan serta target Ubuntu Brunei masih lagi jauh

Jumaat, Mei 06, 2011

Seminggu Selepas Pelancaran Ubuntu 11.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah berlalu seminggu pelepasan versi penuh Ubuntu 11.04 Natty Narwhal, pasti masih ada antara pengguna yang berterusan mempelajari serta membongkar ciri-ciri yang terdapat padanya. Sejak itu juga, ada yang teruja dan kecewa serta bermacam lagi keluhan dan luahan pendapat mengenainya. Yang paling biasa diperbahaskan adalah persekitaran paparan antaramuka desktop Unity yang digunakan.

Unity adalah antara perubahan yang dengannya memberikan identiti tersendiri untuk Ubuntu. Bagi pengguna Ubuntu seharusnyalah berbangga dengan pembaharuan ini dan bersedia dalam setiap perubahan yang dilaksanakan. Jangan biarkan kita

Khamis, Mac 17, 2011

A message from the Ubuntu Community to the Japanese LoCo

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Klik di sini (http://www.ourfriendsinjapan.com/)
untuk memberikan sokongan biskita.


Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

Jumaat, Mac 04, 2011

Pelekat Ubuntu & Komuniti Pengguna Ubuntu Linux Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kepada ahli berdaftar Komuniti Pengguna Ubuntu Linux Brunei yang belum lagi memiliki pelekat percuma seperti contoh imej di atas, sila hubungi ubuntubrunei [at] gmail [dot] com untuk mendapatkannya.

Di samping itu, terdapat juga pelakat Ubuntu (sepertimana contoh imej di bawah) untuk digunakan pada laptop, desktop atau sumpamanya.

Rabu, Februari 23, 2011

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-27

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Official Website of 27th National Day Brunei Darussalam

23 Februari 2011
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam Kali Ke-27.

Tema: Negaraku Brunei Darussalam


Sekian dan terima kasih kerana berkunjungan ke blog Ubuntu Brunei.

Ahad, Februari 20, 2011

Komputer Mesra Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Unik dan mesra alam. Komputer (casing) yang diperbuat daripada karton / kertas kadbod dengan jenama Recompute. Idea asal dari tesis projek mahasiswa dalam jurusan rekabentuk industri di University of Houston.

Mempunyai empat model/kategori iaitu Recompute LNX, Recompute, Recompute Plus dan Recompute DIY Kit. Dijual dengan harga bermula dari USD199.95.

Untuk keterangan lanjut, biskita bolehlah melayari laman rasmi Recompute di http://www.sustainable-computer.com/

Sekian dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

Khamis, Februari 10, 2011

Ubuntu Linux bukannya Micro$oft Wndow$

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perlu kepada setiap pengguna Window$ yang ingin menggunakan atau baru menggunakan Ubuntu menerima hakikat bahawasanya Ubuntu Linux bukannya Window$. Maknanya Ubuntu tidak semestinya akan berfungsi sepertimana Window$.

Seringkali dipertanyakan oleh pengguna yang baru mencuba Ubuntu yang seolah-olahnya ingin Ubuntu berfungsi seperti Window$. Adalah tidak munasabah menggunakan Ubuntu tetapi berkehendak ianya berfungsi sepertimana Window$. Begitulah juga sebaliknya jika menggunakan Window$, sudah pastilah ianya tidak akan berfungsi sepertimana Ubuntu.

Ubuntu adalah berbeza dengan Window$. Program untuk Ubuntu adalah tidak sama program pada Window$, cara instalasi program dalam ubuntu adalah berbeza dengan Window$, cara memasang pemacu (driver) perkakasan adalah tidak sama sepertimana Window$. Oleh itu, setiap pengguna perlu menerima

Isnin, Mei 31, 2010

Jaket Rasmi Kumpulan Pengguna Ubuntu Linux Brunei

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak pengurusan Ubuntu Brunei telah menghasilkan jaket rasmi Komuniti Kumpulan Penyokong dan Pengguna Ubuntu Linux Brunei sepertimana contoh lakaran di bawah. Ianya dalam proses pembuatan dan akan disiapkan oleh pengilang pada minggu hadapan. Pembuatan jaket berkenaan juga adalah bersempena ulang tahun pertama Ubuntu Brunei pada bulan Jun 2010 ini. Memandangkan kos pembuatannya adalah masih dikategorikan mahal dan tertakluk kepada kuantiti/jumlah tempahan, maka ketika ini ianya hanya ditempah untuk kegunaan pihak pengurusan sahaja. Walau macamana pun bagi yang berhajat untuk mendapatkannya Insya Allah pihak kami akan membukakan tempahan di masa akan datang.

Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru Masehi 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tahun 2010 telah tiba. Dikesempatan ini Ubuntu Brunei mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2010 kepada pembaca dan pengunjung Blog Ubuntu Brunei. Semoga ketibaan tahun baru ini akan mengubah sikap kita untuk tidak berterusan menggunakan sofwer-sofwer HARAM cetak rompak dan yang di crack. Katakan NDA pada sofwer HARAM bagi keberkatan kerja yang dihasilkan.


Selasa, Disember 29, 2009

Ylmf OS = Win$ XP = Ubuntu ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saja untuk dikongsikan bersama. Ylmf OS (http://www.ylmf.org/) jenama sistem pengoperasian komputer China yang diubahsuai menyerupai Window$ XP. Disangkakan Window$ XP tetapi rupanya Ubuntu Linux. Fikir-fikirkan lah.

Terjemahan website Ylmf OS ke paparan bahasa inggeris melalui Google Translate - Sila klik di sini. Website berkenaan adalah dalam bahasa China :)

Maklumat ini perolehi daripada;

Sabtu, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah hari ini Sabtu
10 Zulhijjah 1430 / 28 November 2009
telah bermulanya Hari Raya Aidil Adha
bagi Negara Brunei Darussalam.

Dikesempatan bulan yang mulia ini
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.

Isnin, September 21, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah hari ini Isnin, 21 September 2009
telah bermulanya Hari Raya Aidil Fitri
di Negara Brunei Darussalam.



Dikesempatan bulan Syawal yang mulia ini,
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.


Sumbar imej diperoleh daripada SeniNet

Selasa, September 01, 2009

Microsoft Syarikat Yahudi?



Semalam, dalam masa saya asik melayari internet, saya menjumpai site yang kandungannya amat mengejutkan. Semoga kandungan artikel berkenaan adalah tidak benar. Jika ianya betul, tepuk dada tanyalah iman...

Sila layari site berkenaan sepertimana url dibawah untuk renungan dan penilaian bersama;

Sabtu, Ogos 22, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Alhamdulillah hari ini telah bermulanya puasa Ramadhan
di Negara Brunei Darussalam.



Dikesempatan bulan yang pernuh keberkahan ini,
Ubuntu Brunei mengucapkan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat.


Sumbar imej diperoleh daripada SeniNet

Ubuntu Linux Bukannya MS Windows

Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Isnin, Julai 06, 2009

Ubuntu Sistem Pengoperasian Microsoft Windows?

Malam semalam saya melayari beberapa blog dan terjumpa artikal berkenaan iklan sebuah syarikat komputer ternama yang samada mereka tersalah taip atau sebaliknya (http://www1.euro.dell.com/uk/en/home/Laptops/laptop-inspiron-10/pd.aspx?refid=laptop-inspiron-10&cs=ukdhs1&s=dhs). Sejak bila pula Microsoft mengeluarkan sistem pengoperasian Ubuntu 8.04? Diharapkan syarikat DELL akan dapat membetulkan hal yang tak sepatutnya itu.