Memaparkan catatan dengan label Selepas Memasang Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selepas Memasang Ubuntu. Papar semua catatan

Selasa, Mac 29, 2011

Ubuntu Restricted Extras

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara pakej perisian yang menjadi kebiasaan dipasang oleh pengguna selepas pemasangan Ubuntu adalah Ubuntu Restricted Extras. Ianya merupakan pakej yang memberikan sokongan/dokongan bagi penggunaan Microsoft core fonts, juga codec memainkan MP3 dan DVD, Java runtime, Flash player, dan pelbagai format audio lain. Tanpanya pengguna tidak dapat menjalankan/memainkan hal yang tersebut tadi dengan sempurna.

Pada Ubuntu, pakej mahupun codec berkenaan tidak disertakan secara lalai atas sebab perundangan, paten juga hak cipta. Walau macamana pun, pengguna masih boleh memasangnya sebagai tambahan/pilihan.

Untuk memasang Ubuntu Restricted Extras; Melalui Terminal (Applications > Accessories > Terminal), taipkan arahan di bawah;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke blog Ubuntu Brunei.

Isnin, Mei 10, 2010

Perkara Asas Yang Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 10.04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada entri kali ini dikongsikan beberapa perkara asas yang perlu dilakukan setelah selesainya pemasangan Ubuntu 10.04 (LTS) Lucid Lynx. Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah;

1. Memasang pemandu perkakasan (Hardware Drivers) bagi pemandu proprietari (Proprietary Drivers) yang tidak mempunyai kod sumbar umum bagi diubahsuai secara bebas oleh pembangun Ubuntu. Secara ringkasnya pemandu proprietari ini tidak disediakan oleh Ubuntu dan ianya perlu dimuat turun bagi dipasang ke dalam sistem Ubuntu.

Ubuntu akan mengesan secara automatik jenis-jenis pemandu proprietari berkenaan dan menyenaraikannya dalam alatan Hardware Drivers. Tetingkap alatan Hardware Drivers akan dipaparkan secara automatik bagi tujuan memasang/mengaktifkannya.

Sabtu, Disember 26, 2009

Perkara Asas Yang Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 9.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada pembaca dan pengunjung muslimin sekalian. Semoga tahun baru ini akan menghindarkan kita dari berterusan mengguna sofwer-sofwer Cetak Rompak, mahupun yang di Crack :) Sama-sama kita berhijrah dari cengkaman dan godaan sofwer-sofwer HARAM bagi keberkatan kerja-kerja yang dihasilkan. Gunakan Ubuntu dan sofwer-sofwer sumbar terbuka sebagai alternatif kepada sofwer berbayar.

Setelah dua bulan berlalu Ubuntu 9.10 Karmic Koala dilancarkan, bermacam-macam komen dan kritikan telah diberikan, samada yang membina mahupun sebaliknya. Walau apapun, jumlah peningkatan pengguna yang menggunakan Ubuntu telah semakin bertambah. Dan hakikatnya sekarang Ubuntu merupakan pesaing utama kepada sistem pengoperasian komputer berbayar yang telah lama bertapak.

Untuk entri kali ini dikongsikan tentang perkara asas yang perlu dilakukan setelah selesainya pamasangan Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

1. Seperti biasa perkara yang perlu mula-mula dilakukan adalah membuat konfigurasi dan penetapan dalam Software Sources. Caranya, daripada menu System buka Software Sources (System > Administration > Software Sources).



Pada tab Ubuntu Software (gambar atas) tik kesemua Check Box yang ada pada ruang Downloadable from the internet, kecuali Source code (hanya diperlukan bagi programmer). Kemudian pada kotak Download from: pilih sahaja Main Server, atau biskita boleh memilih Other untuk membuat pilihan Best Server.

Pada tab Other Software (gambar bawah), tik kesemua Check Box yang ada. Setelah selesai tutup tetingkap Software Sources.



Apabila terpapar tetingkap The information about available software is out-of-date (gambar bawah), klik butang Reload.



2. Mengemaskini (Update) sistem Ubuntu melalui Update Manager (System > Administration > Update Manager).


3. Bagi kemudahan menkonfigurasi menu GRUB terutama bagi yang memasang Ubuntu secara dual boot dengan Window$, biskita bolehlah memasang Startup-Manager. Untuk tujuan itu, melalui Terminal taipkan arahan di bawah bagi tujuan pemasangannya.
  • sudo apt-get install startupmanager
Startup-Manager boleh dibuka daripada menu System > Administration > Startup Manager.



4. Menkonfigurasi Firewall. Walaupun Ubuntu adalah immune daripada Virus, tetapi pengguna perlu melindungi komputer dari di akses oleh penceroboh dengan menggunakan Firewall. Secara default UFW telah pun terpasang dalam Ubuntu, tetapi untuk kemudahan konfigurasi, sila pasang GUFW melalui terminal dengan menaipkan arahan di bawah.
  • sudo apt-get install gufw
GUFW boleh dibuka daripada menu System > Administration > Firewall Configuration.



Alternatif lain Firewall yang boleh digunakan selain GUFW adalah Firestarter; untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal.
  • sudo apt-get install firestarter
5. Memasang Ubuntu-Restricted-Extras; Untuk membolehkan mendengar MP3, melihat video, menjalankan Java dan seumpamanya, Ubuntu-Restricted-Extra Package perlu dipasang ke dalam Ubuntu. Dalam package tersebut dimuatkan juga beberapa Codec lain untuk audio/video, Adobe Flash serta Microsoft core fonts. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Memasang Ubuntu Tweak. Ubuntu Tweak adalah sebuah aplikasi yang dengannya memudahkan pengguna untuk menkonfigurasi sistem Ubuntu. Aplikasi ini amat membantu terutama kepada pengguna Ubuntu yang masih baru bagi melaksanakan konfigurasi sistem Ubuntu yang digunakan.



Untuk memasangnya, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah. Iaitu bagi memasukkan kunci pengesahan (Sign key for authentication) untuk Ubuntu Tweak. Setelah selesai tutup terminal

    sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

  2. Daripada menu System, buka Software Sources (System > Administration > Software Sources) dan Klik tab Other Software.



  3. Klik butang Add dan masukkan arahan di bawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add.

    deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main
    deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main



  4. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).


    Jika melalui terminal copy dan paste arahan dibawah.

    sudo apt-get update.

  5. Selepas itu, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah bagi pemasangan Ubuntu Tweak.

    sudo apt-get install ubuntu-tweak

  6. Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan Ubuntu Tweak, biskita boleh membuka Ubuntu Tweak melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.
7. Memasang sofwer yang biskita perlukan. Untuk tujuan tersebut, pengguna bolehlah menggunakan Ubuntu Software Center (Applications > Ubuntu Software Center) bagi mencari dan memasang sofwer yang dikehendaki. Kesemua sofwer yang tersenarai padanya adalah sumbar terbuka dan PERCUMA.