Memaparkan catatan dengan label Web Browser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Web Browser. Papar semua catatan

Rabu, Jun 22, 2011

Meningkat Taraf Mozilla FireFox Ke Versi 5.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepertimana yang sudah sama-sama diketahui, Mozilla FireFox versi 5.0 telah pun dilepaskan beberapa hari lepas.

Walaupun begitu, bagi pengguna Ubuntu yang sedang menggunakan versi 4.x tidak akan terus ditingkat taraf secara automatik ke versi terbaharu berkenaan sehingga ke beberapa hari akan datang. Oleh hal demikian, bagi yang terasa tidak sabar untuk menggunakannya bolehlah meningkat taraf ke versi 5.0 tersebut dengan menggunakan teks arahan di bawah melalui Terminal.
  • sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa
  • sudo apt-get update
  • sudo apt-get upgrade

Sekian dan terima kasih kerana berkunjung ke Blog Ubuntu Brunei.

Rabu, Mac 23, 2011

Meningkat Taraf Mozilla Firefox Versi 4.0 Pada Ubuntu 10.04 & 10.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sepertimana yang sudah kita sama-sama ketahui bahawa Firefox versi 4.0 telah pun dilancarkan dan ianya juga akan menjadi pelayar web lalai/default untuk Ubuntu versi 11.04 yang akan dilancarkan pada bulan April 2011 akan datang. Bagi pengguna Ubuntu versi 10.04 dan 10.10 yang berhajat untuk meningkat taraf Firefox yang sedia ada ke versi 4.0 berkenaan bolehlah mengikuti cara dan langkah di bawah;

Ahad, Julai 12, 2009

Cara Memasang Firefox 3.5 (Shiretoko)

Macamana cara memasang Firefox 3.5 (Code Name: Shiretoko) untuk distro Linux?

1- Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah.
  • sudo sh -c "echo 'deb http://ppa.launchpad.net/ubuntu-mozilla-daily/ppa/ubuntu jaunty main' >> /etc/apt/sources.list"
  • sudo sh -c "echo 'deb-src http://ppa.launchpad.net/ubuntu-mozilla-daily/ppa/ubuntu jaunty main' >> /etc/apt/sources.list"
2- Selepas itu copy dan paste arahan di bawah bagi menambah kunci Launchpad PPA GPG:
  • sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 247510BE
3- Akhir sekali copy dan paste arahan di bawah untuk melakukan instalasi Firefox 3.5:
  • sudo apt-get update && sudo apt-get install firefox-3.5
Untuk membuka Shiretoko; Klik menu Applications > Internet > Minefield 3.5 Web Browser.