Khamis, September 17, 2009

Gloobus, Quick Look Untuk Ubuntu

Gloobus merupakan aplikasi yang dengannya membolehkan biskita untuk priview fail-fail yang ada tanpa perlu membuka fail berkenaan. Gloobus menyokong jenis fail: TXT , PDF, JPG, BMP, GIF, PNG, PSD, MP3, OGG, MPG, WMV, XCF. Ianya berfungsi seperti Quicklook yang ada pada Apple.

Menggunakan Gloobus adalah mudah iaitu hanya dengan men-select fail yang ada melalui Nautilus (file browser Ubuntu) kemudian tekan <SPACE BAR> pada keyboard.

Sebelum biskita memasang Gloobus, sila tengok terlebih dahulu video dibawah bagi bayangan apakah fungsi dan kehebatan Gloobus. Untuk perhatian, ketika ini Gloobus hanya berfungsi dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope sahaja dan belum lagi support untuk Ubuntu 9.10 Karmic Koala.





Kepada yang berminat untuk mencuba dan memasangnya dalam Ubuntu 9.04, sila ikuti langkah dibawah;

1. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal). Copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan menambah Key untuk Repository bagi Gloobus;
  • sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 0624A220
2. Buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan klik tab Third Party Software. Klik butang Add bagi memasukkan Gloobus PPA Repository dibawah ke dalam senarai source.
  • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu jaunty main
  • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu jaunty main
3. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).

Jika melalui terminal, copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan pengemaskinian Software Sources.
  • sudo apt-get update
4. Daripada terminal, copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan pemasangan Gloobus;
  • sudo apt-get install gloobus-preview && sudo apt-get upgrade
5. Akhir sekali, copy dan paste arahan dibawah pada terminal untuk tujuan restart nautilus bagi menggunakannya;
  • nautilus -q
  • nautilus &
Keterangan lanjut mengenai Gloobus, bolehlah biskita rujuk di https://launchpad.net/gloobus

Selasa, September 15, 2009

Mengenali Nautilus (File Browser Untuk Ubuntu)

Nautilus merupakan aplikasi yang digunakan dalam Ubuntu bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan folder/fail, samada yang terdapat/tersimpan dalam hard disk mahupun external storage seperti USB memory stick/thumb drive atau seumpamanya. Ianya ringkas dan mesra pengguna serta mempunyai keistemewaan tersendiri.



A. Menu bar. Menyenaraikan menu File, Edit, View, Go, Bookmark, Tab dan Help. Daripadanya membolehkan biskita untuk melaksanakan beberapa perkara hanya dengan menklik senarai menu yang dikehendaki.



B. Toolbar. Padanya terdapat butang Backward, Forward, Up, Reload, Home, Computer, dan Search.



Butang Backward dan Forward memudahkan biskita untuk berpindah ke sesuatu folder melalui file browsing history pada Nautilus. Sementara butang Up pula membolehkan biskita bergerak bagi memasuki ke parent folder yang sedang biskita bekerja dengannya. Butang Reload pula adalah bertujuan bagi refresh kandungan folder/fail yang ada. Butang Home berfungsi sebagai shortcut bagi memasuki ke folder home biskita, sementara butang Computer bagi menyenaraikan storage yang terdapat pada komputer, kurang lebih sama dengan My Computer pasa MS Windows. Butang Search pula berfungsi bagi mencari folder ataupun fail yang terdapat dalam hard disk mahupun pada external storage biskita.

C. Location bar. Memaparkan alamat kedudukan bagi folder/fail yang sedang biskita browse ataupun bekerja dengannya. Ianya boleh dipaparkan samada paparan butang ataupun alamat lokasi, iaitu hanya dengan menekan butang Toogle between button and text-based location bar.





D. Zoom Control. Butang zoom control membolehkan untuk biskita bagi memaparkan ikon dan teks yang ada pada ruang files area mengikut size yang dikehendaki.



E. Icon/List View Selector. Melaluinya membolehkan biskita samada untuk menayangkan senarai folder/fail secara Icon View, List View mahupun Compact View.



F. Side Pane. Memaparkan informasi yang bersanggkutan dengan folder/fail yang sedang di browse. Daripadanya juga memudahkan biskita untuk mencapai lokasi fail samada dalam hard disk, thumb drive, CD/DVD mahupun folder-folder lain.



Biskita boleh menutup side pane berkenaan dengan menekan butang X yang ada padanya. Disamping itu dengan menekan butang dropdown list heading (default: Places) yang ada pada Side Pane, membolehkan biskita membuat pilihan apa yang hendak dipaparkan pada side pane; ianya mempunyai enam mode untuk dipilih, iaitu Places, Information, Tree, History, Notes dan Emblems.

Places: Ianya di set secara default. Memaparkan senarai shorcut lokasi folder/fail sistem, juga storage yang ada/disambungkan pada komputer seperti hard disk, USB memory stick, CD/DVD Drive dan seumpamanya. Melaluinya juga membolehkan biskita untuk Unmount contohnya thumb drive sebelum menanggalkannya daripada USB drive hanya dengan menekan satu klik sahaja.



Information: Memaparkan informasi yang bersanggkutan dengan folder yang sedang di browse.


Tree: Memaparkan senarai direktori/folder dan storage/device yang ada secara menyeluruh.


History: Menyenaraikan folder/fail yang telah biskita view/lawati, yang disimpan pada History Nautilus.


Notes: Dengannya membolehkan biskita memberikan/membuat catatan ringkas keatas folder yang dikehendaki. Setiap folder yang diberikan catatan akan diletakkan padanya ikon kecil serupa nota catatan. Untuk membuang catatan, biskita hanya perlu memadam catatan yang telah dibuat berkenaan dan secara automatik ikon catatan pada folder berkenaan akan dibuang.

Emblems: Menyenaraikan beberapa ikon yang boleh digunakan pada folder/fail yang biskita kehendaki. Ikon-ikon berkenaan boleh membantu dalam mengenali akan kandungan folder/fail yang dimaksudkan. Biskita hanya perlu mengheret ikon yang dipilih keatas folder/fail yang kehendaki, untuk memadam ikon tersebut heretkan sekali lagi ikon yang sama keatas folder/fail berkenaan.




G. Files Area. Ruang yang memaparkan senarai folder/fail yang sedang biskita browse ataupun bekerja dengannya.

Ahad, September 13, 2009

Ubuntu Tweak Versi 0.4.9

Pada 12 September, Ubuntu Tweak versi 0.4.9 telah dirilis. Keterangan lanjut mengenainya bolehlah biskita layari web site Ubuntu Tweak di http://ubuntu-tweak.com/. Untuk memasangnya pada Ubuntu 9.04 sila ikuti langkah di bawah;


  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah.

    • sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

  2. Daripada menu System, buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan Klik tab Third Party Software.



  3. Klik butang Add dan masukkan arahan dibawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add Source.

    • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main
    • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main




  4. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).



  5. Selepas itu, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah bagi pemasangan Ubuntu Tweak.

    • sudo apt-get install ubuntu-tweak

  6. Untuk menaik taraf (upgrade) Ubuntu Tweak versi sebelum ini yang sudah di install dalam Ubuntu ke versi 0.4.9, copy dan paste arahan di bawah.

    • sudo apt-get dist-upgrade
Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan/menaik taraf Ubuntu Tweak, biskita bolehlah membuka Ubuntu Tweak melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.

Sabtu, September 12, 2009

Senarai Aplikasi Sumber Terbuka (Grafik)

Untuk entri kali ini dikongsikan senarai beberapa aplikasi sumber terbuka grafik 2D dan 3D bagi digunakan secara percuma dalam Ubuntu. Sumber diperolehi daripada beberapa blog dan website yang pernah saya kunjungi. Diharapkan ianya akan dapat membantu bukan sahaja pengguna Ubuntu malahan pengguna MS Windows sebagai alternatif kepada aplikasi berbayar. Sila layari website aplikasi berkenaan untuk keterangan lanjut mengenainya.

2D Graphic Design Applications

Cenon: http://www.cenon.info/frame_gb.html
Cenon is a graphical tool of a special kind. Build upon a modular graphical core, Cenon offers a wide variety of possibilities and applications.

GIMP: http://www.gimp.org/
GIMP is the GNU Image Manipulation Program. It is a freely distributed piece of software for such tasks as photo retouching, image composition and image authoring. It works on many operating systems, in many languages.

GimpShop: http://www.gimpshop.com/
GIMPshop is a modification of the free/open source GNU Image Manipulation Program (GIMP), intended to replicate the feel of Adobe Photoshop. Its primary purpose is to make users of Photoshop feel comfortable using GIMP.

Hugin: http://hugin.sourceforge.net/
An easy to use cross-platform panoramic imaging toolchain based on Panorama Tools. With hugin you can assemble a mosaic of photographs into a complete immersive panorama, stitch any series of overlapping pictures and much more.

InkScape: http://www.inkscape.org/
An Open Source vector graphics editor, with capabilities similar to Illustrator, CorelDraw, or Xara X, using the W3C standard Scalable Vector Graphics (SVG) file format.

KoverArtist: http://kde-apps.org/content/show.php?content=38195
KoverArtist is a program for the fast creation of covers for cd/dvd cases and boxes. The main idea behind it is to be able to create decent looking covers with some mouse clicks.

KToon: http://ktoon.toonka.com/
KToon is a 2D Animation Toolkit designed by animators (Toonka Films ) for animators, focused to the Cartoon Industry. This project is covered by the GPL License using G++, OpenGL and QT as programming resources from KDevelop as the development platform.

Krita: http://www.koffice.org/krita/
Krita is a graphics application for everyone who wants to get creative with images. Whether you want to create from scratch or work with existing images, Krita is meant for you.

MyPaint: http://mypaint.intilinux.com/
MyPaint is a fast and easy open-source graphics application for digital painters. It lets you focus on the art instead of the program. You work on your canvas with minimum distractions, bringing up the interface only when you need it.

Panorama Tools: http://www.all-in-one.ee/~dersch/
Software to View, Create, Edit and Remap Panoramic Images.

Pixelize: http://lashwhip.com/pixelize.html
Pixelize is a program that will use many scaled down images to try to duplicate, as closely as possible, another image.

Scribus: http://www.scribus.net/
Scribus is an Open Source program that brings award-winning professional page layout to Linux/UNIX, Mac OS X, OS/2 Warp 4/eComStation and Windows desktops with a combination of "press-ready" output and new approaches to page layout. Underneath the modern and user friendly interface, Scribus supports professional publishing features, such as CMYK color, separations, Spot Colors, ICC color management and versatile PDF creation.

Skencil: http://www.skencil.org/
Skencil is a Free Software interactive vector drawing appliction. Known to run on GNU/Linux and other UNIX-compatible systems, it is a flexible and powerful tool for illustrations, diagrams and other purposes.

Synfig: http://synfig.org/Main_Page
Synfig is a powerful, industrial-strength vector-based 2D animation software package, designed from the ground-up for producing feature-film quality animation with fewer people and resources.

Xara Xtreme: http://www.xaraxtreme.org/
Xara Xtreme for Linux is a powerful, general purpose graphics program for Unix platforms including Linux, FreeBSD and (in development) OS-X.


3D Graphic Design Applications

Art Of Illusion: http://www.artofillusion.org/
Art of Illusion is a free, open source 3D modelling and rendering studio. It is written entirely in Java, and should be usable on any Java Virtual Machine which is compatible with Java 5 or later.

Many of its capabilities rival those found in commercial programs. Some of the highlights include subdivision surface based modelling tools, skeleton based animation, and a graphical language for designing procedural textures and materials.

Blender: http://www.blender.org/
Blender is the free open source 3D content creation suite, available for all major operating systems under the GNU General Public License.

Crystal Space: http://www.crystalspace3d.org/main/Main_Page
Crystal Space is a free cross-platform software development kit for realtime 3D graphics, in particular games.

FreeWRL: http://freewrl.sourceforge.net/index.html
FreeWRL supports the VRML97 and X3D open standards; Is confirmed as "Interchange Profile" conformant by the Web3d Consortium; Runs on OSX and Linux, it runs within Web browsers, or standalone; Is ReWire and MIDI enabled for sound-based interaction; Is able to interconnect to other programs using MIDI, or the EAI and SAI external programming interfaces.

G3DViewer: http://automagically.de/g3dviewer/
G3DViewer is a 3D file viewer for GTK+ supporting a variety of file types: 3D Studio (.3ds, .prj), LightWave (.lw, .lwb, .lwo), Alias Wavefront (.obj), Impulse TurboSilver / Imagine (.iob), AutoCAD (.dxf), Quake II Models (.md2), Quake III Models (.md3) (new in 0.2.99.1), Neutral File Format (.nff), 3D Metafile (.3dmf, .3mf, .b3d), Caligari TrueSpace Objects (.cob), Quick3D Objects & Scenes (.q3o, q3s), VRML 1.0 files (.wrl, .vrml) (new in 0.1.1, still buggy), AC3D objects (.ac, .acc) (new in 0.1.99.1), LeoCAD Models (.lcd) (new in 0.2.99.1), Racer car models (.ar, .dof) (new in libg3d 0.0.5, not really complete), Ultimate Stunts car models (.glb) (new in libg3d 0.0.5), VDrift car models (.joe, .car) (new in libg3d 0.0.5).

K3DSurf: http://k3dsurf.sourceforge.net/
K3DSurf is a program to visualize and manipulate Mathematical models in three, four, five and six dimensions. K3DSurf supports Parametric equations and Isosurfaces.

KPovModeler: http://www.kpovmodeler.org/
KPovModeler is a modeling and composition program for creating POV-Ray(TM) scenes in KDE.

PovRay: http://www.povray.org/
The Persistence of Vision Raytracer is a high-quality, totally free tool for creating stunning three-dimensional graphics. It is available in official versions for Windows, Mac OS/Mac OS X and i86 Linux. The source code is available for those wanting to do their own ports.

White Dune: http://vrml.cip.ica.uni-stuttgart.de/dune/
White_dune is a low level VRML97 tool for Unix/Linux/MacOSX and Windows. It can read VRML97 files, display and let the user change the scenegraph/fields. Unlike most highlevel tools, it uses a light model based on the VRML97 standard.

Khamis, September 10, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 4)

Sistem Kebenaran

Dalam sistem Ubuntu, pengguna tidak boleh melaksanakan sesuatu perkara/kerja yang melibatkan fail sistem tanpa adanya kebenaran. Contohnya pada folder selain home, pengguna biasa tidak akan dapat mengedit, menyimpan, memadam mahupun memindah folder/fail berkenaan. Folder/fail selain yang ada pada folder home akan dikategorikan sebagai fail sistem.

Keadaan ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan pengguna, tetapi dengan adanya pengawalan inilah mengapa sistem Ubuntu terselamat dari serangan virus dan juga terselamat dari kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri.

Untuk mendapatkan kebenaran, pengguna perlu menggunakan terminal. Kebiasaannya kata arahan yang sering digunakan adalah "sudo", yang dengannya akan mengkehendaki pengguna menaipkan password sebagai kebenaran bagi meneruskan kerja yang hendak dilaksanakan.

Selain dari terminal, semasa proses pemasangan perisian, pengemaskinian sistem Ubuntu, pengemaskinian software sources atau seumpamanya, sistem Ubuntu akan meminta biskita untuk memasukkan password yang membawa maksud biskita memberikan kebenaran ataupun menggunakan status sebagai super user/root user bagi mengubah fail dalam "root" kepada sistem ubuntu. Sistem kebenaran ini penting supaya hanya aplikasi yang biskita kenali sahaja boleh mengubah apa-apa fail dalam direktori “root”.

Direktori root adalah bermaksud folder "/". Setiap direktori/folder dan juga fail-fail yang terdapat selepas dari "/" adalah memerlukan kebenaran root user/super user bagi bekerja dengannya; kecuali pada folder /home/user (user adalah username yang digunakan oleh pengguna dalam sistem ubuntu).

Adalah diingatkan kepada setiap pengguna agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan apa jua kerja yang melibatkan kebenaran mahupun penggunaan status sebagai super user/root user. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kerosakan pasa sistem Ubuntu. Dan jangan sesekali menggunakan kata arahan dan juga memasang apa juga perisian yang biskita tidak kenali.