Sabtu, Februari 05, 2011

Ubuntu Bebas Dari Virus?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Memang Ubuntu sehingga ke hari ini seolah-olah kebal dari serangan mahupun dijangkiti oleh virus. Inilah antara kehebatan dan kelebihan Ubuntu berbanding dengan OS komersial.

Hal ini sememangnya masih diragui oleh ramai pengguna Window$. Malahan apabila diperingkat awal mereka menggunakan Ubuntu, pastinya aplikasi anti-virus dan juga virus menjadi perhatian utama. Keadaan ini berpunca atas sebab minda kita telah lama terpengaruh dengan anti-virus pada Window$.

Walau macamana pun, bagi meredakan dan menghilangkan rasa keraguan biskita; ada terdapat beberapa aplikasi anti-virus yang dibuat khusus untuk digunakan dalam Ubuntu iaitu seperti ClamTK yang dibangunkan secara sumbar terbuka (Open Source). Ianya percuma dan biskita boleh mendapatkan atau memasangnya melalui Ubuntu Software Center.

Insya Allah semakin lama biskita menggunakan Ubuntu, rasa keraguan akan kekebalan Ubuntu dari virus akan hilang dan saya percaya biskita akan berkeyakinan menggunakan Ubuntu walau tanpa ada terpasang anti-virus sekalipun.

Jumaat, Februari 04, 2011

Perisian Percuma Yang Disertakan Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu selain sebagai sistem pengoperasian, di dalamnya juga disertakan berbagai perisian percuma. Malahan perisian-perisian tambahan mengikut keperluan dan kehendak pengguna dengan mudah boleh diperolehi melalui Ubuntu Software Center. Terdapat banyak perisian alternatif bagi menggantikan perisian-perisian yang digunakan pada Window$, dan yang menariknya kesemua perisian berkenaan adalah percuma.

Di antara perisian yang tersedia dan disertakan pada Ubuntu adalah:-

LibreOffice / OpenOffice
Evolution Mail
Mozilla Firefox
Gwibber Microblogging
Shotwell
Pitivi video editor
Empathy IM
Rhythmbox Music Player
Totem Movie Player
Brasero Disk Burner, dan bermacam-macam lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai ciri/features Ubuntu sila layari http://www.ubuntu.com/desktop/features

Khamis, Februari 03, 2011

Kenapa Perlu Menggunakan Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubuntu adalah percuma dan akan sentiasa percuma dengan sumber terbuka (Open Source). Biskita boleh memuat turunnya dan dikongsi bersama rakan-rakan dan sesiapa saja tanpa perlu membayar lesen penggunaannya.

Selain itu, setiap 6 bulan Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaharunya yang sentiasa mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaharu dunia perisian percuma dan sumber terbuka khusus untuk komputer peribadi dan komputer pelayan (server). Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS (Long Term Support) iaitu sokongan jangka panjang untuk tempoh 3 tahun bagi komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan.

Sehingga ke saat ini sudah 13 versi Ubuntu telah pun dirilis dan dikeluarkan, iaitu:-
  • Ubuntu 4.10 (Oct 2004) Code Name: Warty Warthog
  • Ubuntu 5.04 (Apr 2005) Code Name: Hoary Hedgehog
  • Ubuntu 5.10 (Oct 2005) Code Name: Breezy Badger

Rabu, Februari 02, 2011

Mark Shuttleworth

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Mark Shuttleworth (gambar atas) adalah pengasas Ubuntu. Kelahiran Afrika Selatan, dilahirkan pada 18 September 1973. Seorang jutawan pemilik Canonical Ltd, yang melaluinya memberikan penajaan bagi sistem pengoperasian berasaskan Linux percuma. Beliau juga merupakan orang kedua membuat pengembaraan ke angkasa selama 8 hari pada bulan April 2002 dengan perbelanjaan sendiri dan menjadikannya warga Afrika pertama menjelajah angkasa.

Selasa, Februari 01, 2011

Apadia Ubuntu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ubuntu |oǒ'boǒntoō| adalah perkataan kuno bahasa Afrika yang dimaksudkan ‘rasa perikemanusiaan terhadap sesama insan’ (humanity to others), juga diertikan 'aku adalah aku kerana adanya kita semua' (I am what I am because of who we all are).

Ianya dijadikan jenama bagi sebuah sistem pengoperasian komputer berasaskan Linux. Diasaskan oleh Mark Shuttleworth kelahiran Afrika Selatan; seorang jutawan pemilik Canonical Ltd yang daripadanya memberikan penajaan bagi sistem pengoperasian komputer percuma untuk diberikan dan digunakan oleh sesiapa sahaja.

Sistem pengoperasian Ubuntu terhasil berdasarkan falsafah bahwa setiap perisian harus percuma serta dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dengan kebebasan untuk dipelajari dan diubahsuai mengikut kehendak keperluan penggunanya.