Isnin, Mac 14, 2011

Menambah/Memasang Repository Medibuntu Pada Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Medibuntu (Multimedia, Entertainment & Distractions In Ubuntu) merupakan gudang atau tempat penyimpanan pakej (Repository of Packages) yang tidak dimasukkan ke dalam distro Ubuntu atas sebab lesen hak cipta dan seumpamanya. Dengan Medibuntu membolehkan pengguna memasang aplikasi seperti Skype, RealPlayer, Google Earth, juga Plugin seperti libdvdcss2, w32codes dan seumpamanya.

Bagi pengguna Ubuntu yang berhajat menggunakan Repository Medibuntu, sila ikuti langkah pemasangannya di bawah;

Sabtu, Mac 12, 2011

Memasang Perisian Melalui GetDeb Software Portal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


GetDeb merupakan portal perisian yang memberikan kemudahan kepada pengguna Ubuntu versi terkini/semasa untuk mendapatkan ataupun memasang fail .deb bagi perisian percuma sumber terbuka terkini yang dirilis oleh pembangunnya. GetDeb akan membolehkan pengguna untuk memasang dan menggunakan perisian berkenaan lebih awal sebelum ianya disenaraikan/dimuatkan ke dalam repository rasmi yang mungkin akan memakan masa.

Untuk menggunakan kemudahan ini, ikuti cara dan langkah di bawah;

Khamis, Mac 10, 2011

Mengemaskini Sistem Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara hal penting yang mesti diberikan perhatian oleh pengguna Ubuntu adalah memastikan sistem Ubuntu yang digunakan akan berterusan dikemaskini bagi menjamin keselamatan dan kestabilannya. Walaupun pengemaskinian berkenaan secara lalai/default dilaksanakan secara automatik, namun pengguna digalakkan juga untuk melakukannya secara manual. Untuk tujuan tersebut, sila ikuti cara dan langkah di bawah;

1. Buka Update Manager daripada menu System > Administration > Update Manager.

Rabu, Mac 09, 2011

Kekunci Pintas Dalam Ubuntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan keterbiasaan kita menggunakan tetikus, penggunaan kekunci pintas (shortcut keys) untuk melaksanakan beberapa perintah/arahan amat kurang digunakan oleh sebahagian pengguna. Kekunci pintas sememangnya sangat membantu dalam beberapa keadaan dan ianya juga dapat mempercepat untuk melaksanakan sesuatu. Di antara yang sering digunakan dalam Ubuntu adalah;

Alt+F1
Membuka menu Applications.

Alt+F2
Membuka alatan/aplikasi Run Application.

Isnin, Mac 07, 2011

Membuat Fail Zip Ataupun Tar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadangkala untuk mengongsikan apa jua fail, ada ketikanya pengguna memerlukan ianya dimampatkan ke format fail Zip ataupun Tar. Hal ini sangat mudah dilakukan dalam Ubuntu. Untuk tujuan tersebut sila ikuti cara dan langkah di bawah;
  1. Buka Home folder daripada menu Places dan dan pergi ke folder/direktori dimana fail yang hendak dimampatkan tersebut disimpan.