Sistem pengoperasian Ubuntu adalah percuma untuk dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Ubuntu tidak memerlukan untuk biskita membayar lesen penggunaannya, ianya boleh didapati dengan beberapa cara, iaitu:-
- Memuat turun fail .iso Ubuntu secara terus dari laman web rasmi Ubuntu di http://www.ubuntu.com/desktop/get-ubuntu/download.
Cara ini memerlukan masa yang agak lama bergantung kepada kecepatan dan kesetabilan talian internet biskita. Kerana fail .iso Ubuntu bersaiz kurang lebih 700 MB. - Jika sekiranya kecepatan talian internet biskita tidak mengizinkan, biskita bolehlah memuat turunnya dengan alternatif menggunakan rangkaian peer-to-peer atau dikenali sebagai BitTorrent. Untuk tujuan ini, diperlukan memasang terlebih dahulu BitTorrent Client seperti Transmission atau µTorrent












