Pada 10 Disember 2009 lepas, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 1 telah pun dirilis. Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis Alpha 1 berkenaan adalah;
- Kernal Linux yang digunakan adalah versi terbaharu iaitu 2.6.32
- Menggunakan persekitaran meja komputer GNOME versi 2.29.3
- Games yang disertakan telah dikurangkan hanya kepada 5 sahaja, iaitu AisleRiot Solitaire, Gnometris, Mahjongg, Mines dan Sudoku.
- Transmisi yang ada telah ditingkatkan ke versi 1.80 beta.
- Terdapat alatan baru yang dipanggil Byobu Window Manager yang menawarkan utiliti konfigurasi dan profil untuk pengurusan paparan tetingkap GNU.
- Warna logo yang ada pada Live CD telah ditukar kepada warna putih.
- Pada Installer pula, dimuatkan butang Update this installer, yang membolehkan ianya ditinggkat taraf.
Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu
10 Disember 2009 - Alpha 1 release- 14 January 2010 - Alpha 2 release
- 25 February 2010 - Alpha 3 release
- 18 Mac 2010 - Beta Release 1
- 8 April 2010 - Beta Release 2
- 22 April 2010 - Release Candidate
- 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)





Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian yang hebat. Ianya bukan sahaja percuma malahan penggunanya akan sentiasa dihidangkan dengan rilis terbaharu setiap enam bulan sekali. Pada 29 Oktober lepas, Ubuntu telah melancarkan versi sistem pengoperasiannya yang ke 11 iaitu Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Semantara bagi pengguna dan peminat versi LTS (Long Term Support) pula, sudah pasti tidak sabar-sabar menantikan kehadiran Ubuntu 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx. Ianya akan dirilis pada April tahun hadapan 2010. Di bawah adalah jadual gerakkan pelancarannya;












