Isnin, Disember 28, 2009

Sabily 9.10 Gaza

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 10 Muharram 1431 bersamaan 27 Disember 2009, Sabily iaitu sistem pengoperasian Muslim yang berasaskan Ubuntu Linux telah melancarkan versi terbaharunya Sabily 9.10 Gaza.





Biskita boleh memuat turun Sabily 9.10 Gaza secara PERCUMA di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads. Untuk keterangan lanjut mengenainya, sila layari laman web rasmi Sabily di http://www.sabily.org/website/

Bagi pengguna Ubuntu 9.10 Karmic Koala yang berkeinginan untuk membuat transformasi ke Sabily 9.10 Gaza; Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal) copy dan paste arahan di bawah.
sudo wget http://www.sabily.org/sources.list.d/`lsb_release -cs`.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/sabily.list; sudo apt-get -q update; sudo apt-get --yes -q --allow-unauthenticated install sabily-keyring; sudo apt-get -q update
Selepas itu copy dan paste arahan di bawah untuk tujuan memuat turun dan memasang pakej Sabily.
sudo aptitude install sabily
Setelah selesai Ubuntu melaksanakan pemasangan Sabily, restart komputer biskita.

Sila rujuk website Sabily di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/installation untuk maklumat lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan