Khamis, Disember 31, 2009

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Alpha 1)

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Pada 10 Disember 2009 lepas, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 1 telah pun dirilis. Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis Alpha 1 berkenaan adalah;
  1. Kernal Linux yang digunakan adalah versi terbaharu iaitu 2.6.32
  2. Menggunakan persekitaran meja komputer GNOME versi 2.29.3
  3. Games yang disertakan telah dikurangkan hanya kepada 5 sahaja, iaitu AisleRiot Solitaire, Gnometris, Mahjongg, Mines dan Sudoku.
  4. Transmisi yang ada telah ditingkatkan ke versi 1.80 beta.
  5. Terdapat alatan baru yang dipanggil Byobu Window Manager yang menawarkan utiliti konfigurasi dan profil untuk pengurusan paparan tetingkap GNU.
  6. Warna logo yang ada pada Live CD telah ditukar kepada warna putih.
  7. Pada Installer pula, dimuatkan butang Update this installer, yang membolehkan ianya ditinggkat taraf.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenainya, sila klik di sini untuk membaca review yang dibuat oleh Softpedia.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10 10.04:
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)

0 ulasan:

Catat Ulasan