Sabtu, Disember 26, 2009

Perkara Asas Yang Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 9.10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada pembaca dan pengunjung muslimin sekalian. Semoga tahun baru ini akan menghindarkan kita dari berterusan mengguna sofwer-sofwer Cetak Rompak, mahupun yang di Crack :) Sama-sama kita berhijrah dari cengkaman dan godaan sofwer-sofwer HARAM bagi keberkatan kerja-kerja yang dihasilkan. Gunakan Ubuntu dan sofwer-sofwer sumbar terbuka sebagai alternatif kepada sofwer berbayar.

Setelah dua bulan berlalu Ubuntu 9.10 Karmic Koala dilancarkan, bermacam-macam komen dan kritikan telah diberikan, samada yang membina mahupun sebaliknya. Walau apapun, jumlah peningkatan pengguna yang menggunakan Ubuntu telah semakin bertambah. Dan hakikatnya sekarang Ubuntu merupakan pesaing utama kepada sistem pengoperasian komputer berbayar yang telah lama bertapak.

Untuk entri kali ini dikongsikan tentang perkara asas yang perlu dilakukan setelah selesainya pamasangan Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

1. Seperti biasa perkara yang perlu mula-mula dilakukan adalah membuat konfigurasi dan penetapan dalam Software Sources. Caranya, daripada menu System buka Software Sources (System > Administration > Software Sources).



Pada tab Ubuntu Software (gambar atas) tik kesemua Check Box yang ada pada ruang Downloadable from the internet, kecuali Source code (hanya diperlukan bagi programmer). Kemudian pada kotak Download from: pilih sahaja Main Server, atau biskita boleh memilih Other untuk membuat pilihan Best Server.

Pada tab Other Software (gambar bawah), tik kesemua Check Box yang ada. Setelah selesai tutup tetingkap Software Sources.



Apabila terpapar tetingkap The information about available software is out-of-date (gambar bawah), klik butang Reload.



2. Mengemaskini (Update) sistem Ubuntu melalui Update Manager (System > Administration > Update Manager).


3. Bagi kemudahan menkonfigurasi menu GRUB terutama bagi yang memasang Ubuntu secara dual boot dengan Window$, biskita bolehlah memasang Startup-Manager. Untuk tujuan itu, melalui Terminal taipkan arahan di bawah bagi tujuan pemasangannya.
  • sudo apt-get install startupmanager
Startup-Manager boleh dibuka daripada menu System > Administration > Startup Manager.



4. Menkonfigurasi Firewall. Walaupun Ubuntu adalah immune daripada Virus, tetapi pengguna perlu melindungi komputer dari di akses oleh penceroboh dengan menggunakan Firewall. Secara default UFW telah pun terpasang dalam Ubuntu, tetapi untuk kemudahan konfigurasi, sila pasang GUFW melalui terminal dengan menaipkan arahan di bawah.
  • sudo apt-get install gufw
GUFW boleh dibuka daripada menu System > Administration > Firewall Configuration.



Alternatif lain Firewall yang boleh digunakan selain GUFW adalah Firestarter; untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal.
  • sudo apt-get install firestarter
5. Memasang Ubuntu-Restricted-Extras; Untuk membolehkan mendengar MP3, melihat video, menjalankan Java dan seumpamanya, Ubuntu-Restricted-Extra Package perlu dipasang ke dalam Ubuntu. Dalam package tersebut dimuatkan juga beberapa Codec lain untuk audio/video, Adobe Flash serta Microsoft core fonts. Untuk memasangnya taipkan arahan di bawah dalam terminal;
  • sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Memasang Ubuntu Tweak. Ubuntu Tweak adalah sebuah aplikasi yang dengannya memudahkan pengguna untuk menkonfigurasi sistem Ubuntu. Aplikasi ini amat membantu terutama kepada pengguna Ubuntu yang masih baru bagi melaksanakan konfigurasi sistem Ubuntu yang digunakan.



Untuk memasangnya, sila ikuti langkah di bawah;
  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah. Iaitu bagi memasukkan kunci pengesahan (Sign key for authentication) untuk Ubuntu Tweak. Setelah selesai tutup terminal

    sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

  2. Daripada menu System, buka Software Sources (System > Administration > Software Sources) dan Klik tab Other Software.



  3. Klik butang Add dan masukkan arahan di bawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add.

    deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main
    deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main



  4. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).


    Jika melalui terminal copy dan paste arahan dibawah.

    sudo apt-get update.

  5. Selepas itu, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah bagi pemasangan Ubuntu Tweak.

    sudo apt-get install ubuntu-tweak

  6. Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan Ubuntu Tweak, biskita boleh membuka Ubuntu Tweak melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.
7. Memasang sofwer yang biskita perlukan. Untuk tujuan tersebut, pengguna bolehlah menggunakan Ubuntu Software Center (Applications > Ubuntu Software Center) bagi mencari dan memasang sofwer yang dikehendaki. Kesemua sofwer yang tersenarai padanya adalah sumbar terbuka dan PERCUMA.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam kunjungan...

saya cuba memasang ubuntu tweak tetapi bila saya nak download keluar mesej ini

E: Could not get lock /var/lib/dpkg/lock - open (11: Resource temporarily unavailable)
E: Unable to lock the administration directory (/var/lib/dpkg/), is another process using it?

macam mana selesaikan masalah ini

Catat Ulasan