Khamis, Disember 31, 2009

Jadual Gerakkan Pelancaran Ubuntu 10.04 Lucid Lynx

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian yang hebat. Ianya bukan sahaja percuma malahan penggunanya akan sentiasa dihidangkan dengan rilis terbaharu setiap enam bulan sekali. Pada 29 Oktober lepas, Ubuntu telah melancarkan versi sistem pengoperasiannya yang ke 11 iaitu Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Semantara bagi pengguna dan peminat versi LTS (Long Term Support) pula, sudah pasti tidak sabar-sabar menantikan kehadiran Ubuntu 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx. Ianya akan dirilis pada April tahun hadapan 2010. Di bawah adalah jadual gerakkan pelancarannya;
  • 10 Disember 2009 - Alpha 1 release
  • 14 January 2010 - Alpha 2 release
  • 25 February 2010 - Alpha 3 release
  • 18 Mac 2010 - Beta Release 1
  • 8 April 2010 - Beta Release 2
  • 22 April 2010 - Release Candidate
  • 29 April 2010 - Final release of Ubuntu 10.04 (LTS)
Untuk mengetahui lebih detil akan jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 10.04 Lucid Lynx, sila lawati https://wiki.ubuntu.com/LucidReleaseSchedule.


0 ulasan:

Catat Ulasan