Rabu, Disember 30, 2009

Menghilangkan "Delay 60 Seconds" Sebelum Shutdown

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setiap kali pengguna Ubuntu 9.10 samada mereka Logout, Restart mahupun Shutdown kompter, maka tetingkap seperti imej di atas akan dipaparkan. Pengguna perlu menekan butang Shut Down (atau Logout atau Restart) untuk meneruskannya. Ataupun membiarkan berlalu 60 saat, barulah komputer akan ditutup. Keadaan ini mungkin tidak menjadi apa-apa kepada sebahagian pengguna, tetapi sebahagiannya lagi tidak menyukainya.

Jikalau pada Ubuntu 9.04 sebelum ini, pengguna boleh menset dan membuangnya melalui "User Switcher Preferences", tetapi dalam Ubuntu 9.10 ianya telah ditiadakan. Walaumacamana pun, pengguna masih boleh membuang/menghilangkannya melalui Configuration Editor. Untuk tujuan itu, sila ikuti langkah/cara di bawah;

1. Tekan kekunci Alt dan F2 bagi membuka Run Application Dialog. Taipkan arahan gconf-editor pada kotak yang disediakan dan tekan butang Run untuk menjalankan/membuka Configuration Editor.



2. Double-click folder Apps yang tersenarai di ruangan sebelah kiri, kemudian cari dan klik folder indicator-session. Pada ruang di sebelah kanan folder indicator-session, tik check box suppress_logout_restart_shutdown. Sesudah itu tutup Configuration Editor.


Selamat mencuba.


0 ulasan:

Catat Ulasan