Selasa, September 08, 2009

Memasang GNOME Do

Dua hari lepas saya telah ditanyakan oleh rakan pengguna Ubuntu 9.04 akan cara pemasangan GNOME Do. Walaupun ianya ada saya sentuh dalam entri Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu tetapi penerangannya kurang jelas. Untuk tujuan pemasangan GNOME Do, biskita bolehlah mengikuti langkah sepertimana dibawah;


1. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan menambah Key untuk Repository bagi Gnome Do
  • gpg --no-default-keyring --keyring /tmp/gnome-do.keyring --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv A5D19FDCAA6ABB440CD3464628A8205077558DD0
  • gpg --no-default-keyring --keyring /tmp/gnome-do.keyring --export --armor A5D19FDCAA6ABB440CD3464628A8205077558DD0 | sudo apt-key add -
  • rm /tmp/gnome-do.keyring
2. Buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan klik tab Third Party Software. Klik butang Add bagi memasukkan Gnome Do PPA Repository dibawah ke dalam senarai source.
  • deb http://ppa.launchpad.net/do-core/ppa/ubuntu jaunty main
  • deb-src http://ppa.launchpad.net/do-core/ppa/ubuntu jaunty main

3. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).



4. Melalui terminal, copy dan paste arahan dibawah bagi memasang GNOME Do.
  • sudo aptitude install gnome-do
5. Setelah selesai pemasangannya, GNOME Do boleh dibuka melalui menu Applications > Accessories > GNOME Do.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai GNOME Do dan cara menggunakannya, sila layari website GNOME Do di http://do.davebsd.com/index.shtml

Sabtu, September 05, 2009

Ubuntu 9.10 Alpha 5 Release

Pada 3 September lepas, Ubuntu 9.10 Alpha 5 telah pun dirilis. Untuk keterangan lanjut mengenainya, sila layari http://news.softpedia.com/news/Ubuntu-9-10-Alpha-5-Has-OpenOffice-org-3-1-1-120879.shtml iaitu hasil review oleh SOFTPEDIA.

Jadual gerakan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk keterangan bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala (Alpha Release) yang telah dikeluarkan sebelum ini, sila baca artikel di bawah (Review oleh SOFTPEDIA).

Rabu, September 02, 2009

Menjalankan Nautilus Dengan Status Super User

Seringkali pengguna Ubuntu terutamanya pengguna baru akan berdepan dengan kesukaran dalam melaksanakan kerja melalui Nautilus (File browser Ubuntu) pada folder/fail sistem Ubuntu iaitu folder/fail diluar folder home. Folder/fail selain folder home akan dikunci sepenuhnya dan menyebabkan pengguna tidak boleh menyalin, menyimpan mahupun mengedit folder/fail dimaksudkan. Keadaan yang menyukarkan ini sebetulnya ada kebaikan dan hikmahnya. Dengan adanya keterbatasan inilah mengapa sistem Ubuntu terselamat dari serangan Virus atau seumpamanya. Dengannya lah juga mengawal dan menyelamatkan sistem Ubuntu dari menghadapi kerosakan akibat kesilapan yang dilakukan oleh penggunanya.

Walaupun begitu, atas sebab kadangkala keperluan untuk menjalankan Nautilus dengan menggunakan status super user sangat dikehendaki oleh pengguna dalam melaksanakan kerja mereka, di sini dikongsikan tips untuk menjalankan Nautilus dengan menggunakan status Super User.

Cara pertama;
  1. Daripada terminal (Applications > Accessories > Terminal) taipkan arahan dibawah:
  • gksu nautilus
Cara Kedua;
  1. Tekan kekunci Alt+F2 pada keyboard. Akan dipaparkan tetingkap Run Applications (gambar bawah).
  2. Taipkan gksu nautilus pada kotak yang disediakan, dan tekan butang Run.
Cara Ketiga;

Membuat shortcut menu bagi menjalankan Nautilus dengan menggunakan status Super User dalam senarai menu Applications.
  1. Buka Main Menu editor (System > Preferences > Main Menu). Akan dipaparkan tetingkap Main Menu sepertimana gambar dibawah.
  2. Klik System Tools yang terdapat dalam ruangan Menus, selepas itu klik butang New Item. Tetingkap Create Launcer akan dipaparkan (gambar bawah).
  3. Taipkan Super Nautilus pada kotak Names. Selepas itu taipkan gksu nautilus pada kotak Command, kemudian pada kotak Comments taipkan Open Nautilus With Root Permissions. Akhir sekali tekan butang Ok dan tutup tetingkap Main Menu editor.
  4. Super Nautilus boleh dibuka melalui menu Applications > System Tools > Super Nautilus.
Perhatian: bekerja dengan menggunakan status Super User perlu berhati-hati. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kerosakkan pada sistem Ubuntu.

Selasa, September 01, 2009

Microsoft Syarikat Yahudi?



Semalam, dalam masa saya asik melayari internet, saya menjumpai site yang kandungannya amat mengejutkan. Semoga kandungan artikel berkenaan adalah tidak benar. Jika ianya betul, tepuk dada tanyalah iman...

Sila layari site berkenaan sepertimana url dibawah untuk renungan dan penilaian bersama;

Komen, Cadangan & Kritikan

Ubuntu Brunei mengalu-alukan untuk biskita/pengunjung bagi memberikan sebarang komen, cadangan dan kritikan mengenai blog Ubuntu Brunei. Sila gunakan borang di bawah untuk tujuan berkenaan.

Terima kasih.