Khamis, Oktober 29, 2009

Pelepasan Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Akhirnya sepertimana yang telah dijanjikan oleh Canonical Ltd, hari ini 29 Oktober 2009 merupakan hari pelepasan sistem pengoperasian komputer yang berasaskan Linux iaitu Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala. Banyak pembaharuan dan penambahbaikkan pada versi terbaharu kali ini berbanding dengan versi sebelumnya. Ubuntu walaupun masih lagi diusia muda berbanding dengan Sistem Pengoperasian lain, ternyata ianya kini telah terbukti berdiri sama tinggi malahan menjadi pencabar utama dan pilihan alternatif popular kepada Sistem Pengoperasian Komputer Komersial yang sudah lama bertapak dan memonopoli market share kepenggunaannya.

Ubuntu 9.10 Karmic Koala bukan sahaja sebagai sistem pengoperasian komputer percuma malahan padanya disertakan pelbagai aplikasi percuma sumbar terbuka seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian, grafik, pemain muzik & video dan alat-alat pengaturcaraan. Di samping itu, tersedia ratusan senarai aplikasi alternatif percuma lain bagi menggantikan perisian berbayar yang sedia ada, biskita hanya perlu menekan butang muat turun sahaja dan secara automatik perisian-perisian yang dikehendaki akan dipasang pada komputer biskita.

Isnin, Oktober 26, 2009

Hidupkan PC Lama Dengan Xubuntu

Melihat kepada perkembangan teknologi komputer yang begitu pesat dan cepat, telah mengakibatkan komputer lama semakin jauh terpinggir dan dilupakan. Malahan komputer yang baru dibeli beberapa bulan yang lepas pun sudah terasa semakin tertinggal kebelakang. Kekelutan ini ditambah lagi dengan kemunculan Sistem Pengoperasian Komputer berbayar terkini yang sudah pastinya mengkehendaki penggunanya menggunakan komputer yang mempunyai konfigurasi tinggi.

Pada pandangan saya Ubuntu Linux adalah nadi dan penyelamat bagi pemilik komputer lama mahupun yang berkonfigurasi rendah. Dan ini bertepatan dengan makna juga slogan Ubuntu "Humanity to others" / "Kemanusiaan Untuk Semua". Ubuntu memberikan peluang kepada pengguna bukan sahaja menjalankan komputer lama mereka malahan sama-sama menggunakan sistem pengoperasian terkini. Pada 29 Oktober ini Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala akan dilancarkan dan ianya adalah percuma untuk digunakan oleh sesiapa pun.

Bagi pemilik komputer lama jangan biarkan ianya terbiar begitu sahaja, pasangkan padanya Xubuntu. Xubuntu adalah distro Linux yang mempunyai asas yang sama dengan Ubuntu, menggunakan sofwer respositories yang sama dan versi yang sama antara satu dengan lainnya. Ianya menggunakan Xfce Desktop Enviroment, yang mana lebih ringan dari Gnome dan KDE. Sila rujuk entri Perbezaan antara Ubuntu, Kubuntu dan Xubuntu untuk keterangannya atau layari laman web rasmi Xubuntu di http://www.xubuntu.org bagi keterangan yang lebih detil mengenai Xubuntu.

Xubuntu bukan sahaja popular digunakan oleh pemilik komputer berkonfigurasi rendah, malahan juga ramai pengguna yang memiliki komputer berkonfigurasi tinggi menggunakannya dengan tujuan tertumpu untuk kecepatan dalam berkomputer. Walaupun Ubuntu itu sendiri sudah cepat/laju, tetapi bagi yang berkehendakan kecepatan yang maksima dan tidak memerlukan efek 3d atau seumpamanya, Xubuntu menjadi pilihan.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Ubuntu 9.10 Release Candidate

Semalam 22 Oktober 2009, Canonical telah pun mengeluarkan versi Release Candidate bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala.

Secara umumnya pada release candidate ini tidak banyak perubahan yang dilakukan. Hanya menumpukan pada penyelasaian masalah bug (bug fix) dan pengemaskinian pakej. Pada paparan kemasukkan/login screen, telah diperbaiki dengan paparan yang lebih menarik menggunakan animasi fade-in/fade-out. Pakej-pakej Kernal Linux yang digunakan pula, adalah berasaskan/berdasarkan Kernal Linux 2.6.31.1. Sementara pakej lama bagi linux-restricted-modules digantikan dengan DKMS, dan KMS (Kernel Mode Setting) di enable secara default untuk kad grafik Intel.

Sila layari http://news.softpedia.com/news/Download-Ubuntu-9-10-Release-Candidate-124982.shtml untuk keterangan lanjut mengenai Ubuntu 9.10 Release Candidate hasil review oleh SOFTPEDIA.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk keterangan bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala Beta & Alpha Release yang telah dikeluarkan sebelum ini, sila baca artikel di bawah (Review oleh SOFTPEDIA).

Khamis, Oktober 22, 2009

Ulang Tahun Ke Lima Ubuntu

Pada 20 Oktober lepas merupakan ulang tahun ke lima bagi Ubuntu. Walaupun diusia yang masih lagi muda berbanding dengan Sistem Pengoperasian lain, ternyata Ubuntu kini telah terbukti berdiri sama tinggi malahan menjadi pencabar utama kepada Sistem Pengoperasian Komputer Komersial yang sudah lama bertapak dan memonopoli market share kepenggunanya.

Mengimbas kembali perkembangan Ubuntu, pada 20 Oktober 2004 Mark Shuttlewort bersama kumpulan pembangun Ubuntu telah mengumumkan rilis pertama Ubuntu Linux versi 4.10 dengan kod nama Warty Warthog. Walaupun diperingkat awal ramai yang tidak merasa yakin akannya tetapi sekarang keadaan itu berubah, malahan mengakibatkan Sistem Pengoperasian komersial goyah dan pengguna mereka ternyata semakin berkurang dari masa ke semasa kerana bertukar arah menggunakan Ubuntu yang ternyata lebih memenuhi kehendak pengguna terutama dalam kebebasan penggunaan Sistem Pengoperasian Sumbar Terbuka lagi percuma.

Sehingga kini Ubuntu telah merilis sebanyak 10 versi sistem pengoperasiannya sepertimana di bawah; dan akan bertambah menjadi 11 keluaran pada 29 Oktober ini iaitu dengan kehadiran Karmic Koala:-
  1. Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) - dirilis pada the 20 Oktober, 2004
  2. Ubuntu 5.04 (Hoary Hedgehog) - dirilis pada 8 April 2005
  3. Ubuntu 5.10 (Breezy Badger) - dirilis pada 13 Oktober 2005
  4. Ubuntu 6.06 LTS (Dapper Drake) - dirilis pada 1 Jun 2006
  5. Ubuntu 6.10 (Edgy Eft) - dirilis pada 26 Oktober 2006
  6. Ubuntu 7.04 (Feisty Fawn) - dirilis pada 19 April 2007
  7. Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon) - dirilis pada 18 Oktober 2007
  8. Ubuntu 8.04 LTS (Hardy Heron) - dirilis pada 24 April 2008
  9. Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex) - dirilis pada 30 Oktober 2008
  10. Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope) - dirilis pada the 23 April 2009
  11. Ubuntu 9.10 (Karmic Koala) - akan dirilis pada 29 Oktober 2009
Selamat menyambut ulang tahun yang ke lima pada Ubuntu!

Rabu, Oktober 21, 2009

CD Percuma Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Walaupun Ubuntu 9.10 Karmic Koala ketika ini masih diperingkat Beta dan rilis penuh/akhir akan dilancarkan pada 29 Oktober akan datang, pengguna dan peminat Ubuntu sudah mula membuat tempahan bagi mendapatkan CD PERCUMA Ubuntu berkenaan. Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah berurusan di https://shipit.ubuntu.com. Ianya percuma dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat Canonical. Jadinya tunggu apa lagi, buatlah tempahan biskita sekarang!.