Rabu, Januari 27, 2010

Membuang Linux Kernal Lama Dalam Menu GRUB Loader

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali Ubuntu meninggkat taraf Linux Kernal yang digunakan, Linux Kernal yang lama akan masih disenaraikan dalam menu GRUB Loader. Contoh sepertimana di bawah:
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-16-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-15-generic (recovery mode)"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic"
"Ubuntu, Linux 2.6.31-14-generic (recovery mode)"
....dan seumpamanya.
Pengguna Ubuntu 9.10 boleh membuang Linux Kernal lama berkenaan dan secara automatik juga ianya akan dikeluarkan dari senarai dalam Menu GRUB. Caranya adalah menggunakan Synaptic Package Manager.

Sabtu, Januari 23, 2010

Memasang Software Melalui GetDeb Software Portal


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Memasang Perisian Melalui GetDeb Software Portal.

Selasa, Januari 19, 2010

Memasang Repository Medibuntu


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Menambah/Memasang Repository Medibuntu Pada Ubuntu.

Sabtu, Januari 16, 2010

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx (Alpha 2)

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx Alpha 2 telah pun dirilis pada 14 Januari 2009 (15 Januari - Brunei). Antara perubahan dan pembaharuan yang terdapat dalam rilis berkenaan adalah;
  1. Utiliti dari Red Hat iaitu Plymouth Graphical Boot Manager telah menggantikan Usplash.
  2. Nvidia proprietary video driver 190.53 dan Likewise Open versi 5.4 adalah juga antara yang dimuatkan dalam versi Alpha 2 ini.
  3. Pakej-pakej kernel Linux telah ditingkatkan ke versi 2.6.32-10.14.
  4. Persekitaran meja komputer GNOME juga telah ditingkatkan ke versi 2.29.4 yang membawa ciri baru terutama pada Nautilus, yang mana mempunyai fungsi panel berkembar yang disebut sebagai Extra Pane.

Rabu, Januari 13, 2010

Memasang Pakej Melalui Ubuntu Synaptic Package Manager


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Memasang Pakej/Perisian Melalui Synaptic Package Manager.