Khamis, Julai 09, 2009

Ubuntu Pocket Guide and Reference

Ada terdapat banyak sumbar dan bahan rujukan serta bacaan dalam membantu kita untuk mendalami lagi cara menggunakan Ubuntu. Biskita boleh google hal-hal yang bersanggkutkan dengannya di internet.


Antara buku panduan menggunakan Ubuntu yang popular adalah Ubuntu Pocket Guide and Reference yang ditulis oleh Keir Thomas. Buku ini dalam format PDF mengandungi 152 muka surat. Ianya sangat berguna untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada setiap pengguna baru Ubuntu. Biskita bolehlah memuat-turun buku ini di http://ubuntupocketguide.com/index_main.html.

Isnin, Julai 06, 2009

Ubuntu Sistem Pengoperasian Microsoft Windows?

Malam semalam saya melayari beberapa blog dan terjumpa artikal berkenaan iklan sebuah syarikat komputer ternama yang samada mereka tersalah taip atau sebaliknya (http://www1.euro.dell.com/uk/en/home/Laptops/laptop-inspiron-10/pd.aspx?refid=laptop-inspiron-10&cs=ukdhs1&s=dhs). Sejak bila pula Microsoft mengeluarkan sistem pengoperasian Ubuntu 8.04? Diharapkan syarikat DELL akan dapat membetulkan hal yang tak sepatutnya itu.

Ahad, Julai 05, 2009

Technical Support Untuk Pengguna Ubuntu

Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Jumaat, Julai 03, 2009

Cara Mendapatkan CD Ubuntu

Dikemaskini dan dipindahkan ke dalam entri bulan Februari 2011

Rabu, Julai 01, 2009

Sofwer Alternatif Untuk Pengguna Windows

Memiliki sebuah komputer peribadi adalah sudah menjadi trend dan semacam kemestian ketika ini. Setiap orang berkehendakan komputer samada desktop ataupun laptop. Beribu-ribu ringgit sanggup dikeluarkan untuk tujuan memilikinya.

Namun di sebalik semua itu, apakah perbelanjaan kita membeli sebuah komputer akan terhenti setakat itu sahaja. Tentu tidak bukan? Pengguna bukan hanya menyediakan bajet ribuan ringgit untuknya membeli sebuah komputer, malahan perlu menyediakan bajet tambahan bagi membeli sofwer-sofwer lain untuk digunakan dalam komputer tersebut.

Memang tidak dinafikan, kebanyakan komputer baru masa ini tersedia terpasang Windows (Genuine). Tetapi dengan hanya terpasang sistem pengoperasian Windows sahaja, tidak akan memberikan kelancaran kepada penggunanya untuk melaksanakan kerja yang dikehendaki. Banyak sofwer-sofwer tambahan yang diperlukan tidak tersedia pada Windows. Sebagai contohnya, dalam Windows tidak tersedia aplikasi Office. Yang ada hanya WordPad, yang ternyata amat terhad untuk digunakan dalam kerja-kerja penulisan / pemerosesan perkataan (Word Processing). Walaupun ada sebahagian vendor memasang aplikasi Microsoft Office, ia hanyalah versi trial yang akan mansuh selepas 60 hari digunakan. Sementara aplikasi grafik yang tersedia adalah Paint, sedangkan banyak pengguna yang berkehendakan seperti Adobe Photoshop, Corel Draw atau seumpamanya.

Keterbatasan aplikasi yang terdapat dalam Windows tersebut, menyebabkan ada kalangan pengguna yang sanggup mencari dan menggunakan sofwer-sofwer pirate atau yang telah di crack (saya istilahkan Sofwer Haram). Kerana tidak banyak yang sanggup mengeluarkan belanja ratusan atau ribuan ringgit lagi untuk membeli sofwer berkenaan.

Macamana dengan bikita, adakah biskita tersenarai sebagai pengguna sofwer haram? Tidakkah biskita merasa bersalah menggunakannya? Sanggupkah biskita menunjuk hasil karya yang biskita hak cipta peliharakan, sedangkan sofwer yang digunakan untuk menghasilkannya adalah sofwer haram? Apakah kerja yang dihasilkan dengan sofwer-sofwer haram tersebut diberkati? Fikir-fikirkanlah.

Tidakkah ada cara atau alternatif untuk mengelak semua ini berlaku? Jawapannya tentu ada :). Ada ribuan sofwer-sofwer yang dibangunkan secara sumbar terbuka (Open Source) yang boleh kita gunakan dengan tanpa perlu membayar lesen penggunaannya. Ubuntu adalah diantaranya. Selain itu ada banyak lagi sofwer-sofwer open source yang bukan hanya boleh digunakan dalam Ubuntu tetapi untuk digunakan dalam Windows. Antaranya adalah;
  • Ubuntu alternatif Windows XP & Vista.
  • OpenOffice alternatif kepada Microsoft Office.
  • Kexi alternatif kepada Microsoft Access.
  • Dia alternatif kepada Microsoft Visio.
  • Open Workbench alternatif kepada Microsoft Project.
  • Bluefish alternatif kepada Microsoft FrontPage
  • Scribus alternatif kepada Microsofe Publisher.
  • KompoZer alternatif kepada Dreamwever
  • GIMP alternatif kepada Adobe Photoshop
  • InkScape alternatif kepada Adobe Illustrator dan Corel Draw
  • Avidemux alternatif kepada Adobe Premiere.
  • OpenLaszlo alternatif kepada Macromedia Flash Professional
  • Archimedes alternatif kepada AutoCAD
  • PDFCreator alternatif kepada Adobe Acrobat.
  • Sumatra PDF alternatif kepada Adobe Reader
  • Songbird alternatif kepada iTunes
  • Miro alternatif kepada Windows Media Player.
  • Filezilla alternatif kepada CuteFTP.
  • 7-Zip alternatif kepada WinZip.
Yang disenaraikan di atas adalah sebahagian sahaja dari sofwer-sofwer open source yang ada, biskita bolehlah mencari sendiri di internet. Elakkan dari menggunakan sofwer haram.