Isnin, Oktober 19, 2009

Memasang Cairo-Dock Dalam Ubuntu


Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Mac 2011 bertajuk Memasang Cairo-Dock Pada Ubuntu.

Sabtu, Oktober 17, 2009

Memasang MetaTrader Dalam Ubuntu

Dikemaskini dan dipindahkan ke catatan bulan Februari 2011 bertajuk Memasang Trading Metatrader 4 Dalam Ubuntu

Rabu, Oktober 07, 2009

Perbezaan Antara Ubuntu, Kubuntu & Xubuntu

Dalam tempoh beberapa minggu lagi Ubuntu 9.10 dengan kod nama Karmic Koala akan dirilis pada 29 Oktober 2009. Ramai pengguna dan peminat Ubuntu sudah tidak sabar-sabar menantikan kehadirannya, malahan ada yang telah mengguna dan mencuba dari versi Alpha 1 hinggalah sekarang iaitu versi Beta. Untuk makluman, Karmic Koala bukan hanya dirilis untuk Ubuntu bahkan juga Kubuntu, Xubuntu, dan distro seumpamanya.

Seringkali dipertanyakan terutamanya pengguna baru dan rakan-rakan yang berminat untuk menggunakan Ubuntu akan pilihan distro mana yang hendak digunakan. Adakan Ubuntu, Kubuntu, ataupun Xubuntu? Keadaan ini membuatkan sesetengah pengguna baru terasa serba salah untuk menentukan pilihan yang hendak digunakan.

Ubuntu, Kubuntu, dan Xubuntu semuanya adalah distro Linux yang mempunyai asas yang sama, menggunakan sofwer respositories yang sama dan versi yang sama antara satu dengan lainnya. Apa yang membezakan kebanyakannya adalah pada paparan antaramuka pengguna (user interfaces) ataupun persekitaran komputer meja (desktop enviroment) dan aplikasi yang ditetapkan/disertakan (default program).

Ubuntu menggunakan paparan antaramuka atau persekitaran komputer meja yang dipanggil sebagai Gnome. Ianya menfokuskan persekitaran komputer meja yang ringkas dan mudah. Padanya disertakan beberapa aplikasi yang dikategorikan/diistilahkan sebagai Gnome-native applications, antaranya Rhythmbox (music player), Sound Juicer (CD player and ripper), Evolution (email client and calendar), Gedit (text editor) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/ubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Ubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Ubuntu - http://www.ubuntu.com)

Kubuntu pula menggunakan persekitaran komputer meja K (K Desktop Environment) juga dipanggil dengan ringkasan KDE. Paparan antaramuka KDE kurang lebih menyerupai persekitaran komputer meja berasaskan Macintosh dan MS Windows. Antara aplikasi (KDE-native applications) yang disertakan dalam Kubuntu adalah AmaroK (music player), K3B (CD burning), Konqueror (web browser and file manager), Kopete (instant messenger) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/kubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Kubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Kubuntu - http://www.kubuntu.org)

Xubuntu menggunakan Xfce Desktop Enviroment, yang mana ianya lebih ringan dari Gnome dan KDE. Tujuan utamanya adalah untuk membantu bagi kepantasan/kecepatan yang sesuai digunakan pada sistem yang hanya mempunyai 128 ke 256 MiB RAM. Walau macamana pun, bagi yang mempunyai komputer berkonfigurasi tinggi adalah tidak dihalang untuk menggunakan Xubuntu. Pada Xubuntu disertakan aplikasi seperti Thunar (file manager), Thunderbird (email client), Mousepad (text editor) dan bermacam lagi.

Klik disini (http://packages.ubuntu.com/karmic/xubuntu-desktop) untuk mengetahui lebih detil lagi akan senarai pakej sofwer yang disertakan dalam Xubuntu Karmic Koala.
(Site Rasmi Xubuntu - http://www.xubuntu.org/)

Ubuntu dan Kubuntu, walaupun boleh dijalankan pada komputer yang mempunyai 256 Mib RAM ataupun yang dicadangkan 384 MiB RAM, tetapi ianya adalah lebih ideal bagi komputer yang mempunyai 512 MiB RAM ke atas.

Ahad, Oktober 04, 2009

Contoh Paparan Asas Desktop Ubuntu 9.10 Beta


Login Screen dan Default Desktop.


Contoh imej latar belakang Desktop.


Applications Menu dan Places Menu.


System Menu dan Software Center.

Jumaat, Oktober 02, 2009

Ubuntu 9.10 Beta Release

Ubuntu 9.10 Karmic Koala telah berada ditahap Beta ketika ini. Ianya telah pun dirilis pada 1 Oktober 2009. Daripada rilis Alpha sehinggalah sekarang, banyak pembaharuan dan penambahbaikkan telah dilakukan.

Dikeluaran beta ini, pembangun Ubuntu membuat pembaharuan pada theme human yang digunakan, termasuklah ikon dan menyediakan banyak pilihan bagi latar belakang (wallpaper).

Software Store yang baru diperkenalkan dalam versi 9.10 ini, telah ditukar nama kepada Ubuntu Software Center.

Kebanyakkan aplikasi dalam repository pula, telah disusun menggunakan compilation flags bagi mewujudkan Position-Independent Executables, yang dengan itu juga membolehkan aplikasi berkenaan menggunakan kelebihan fungsi Address Space Layout Randomization yang ada dalam Kernal Ubuntu.

Untuk meninggkatkan prestasi boot, pembangun Ubuntu telah beralih kepada Upstart. Sementara dari aspek sekuriti pula, beberapa penambahan sokongan dalam Non-eXecutable memory protection telah dilaksanakan. Selain itu, pilihan untuk Home Folder Encryptions semasa dalam proses pemasangan mahupun selepasnya, telah dimuatkan kembali.

Persekitaran komputer meja (desktop enviroment) kali ini dikuasakan oleh GNOME 2.28.0. Pakej-pakej Kernal Linux pula, adalah di versi 2.6.31-11 yang mana ianya berdasarkan Kernal Linux 2.6.31.1.

Sila layari http://news.softpedia.com/news/Ubuntu-9-10-Beta-Is-Available-for-Download-123131.shtml untuk keterangan lanjut mengenai rilis Ubuntu 9.10 Beta hasil review oleh SOFTPEDIA.

Jadual gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10:
  • May 14th, 2009 - Alpha 1 release
  • June 11th, 2009 - Alpha 2 release
  • July 23th, 2009 - Alpha 3 release
  • August 13th, 2009 - Alpha 4 release
  • September 3rd, 2009 - Alpha 5 release
  • September 17th, 2009 - Alpha 6 release
  • October 1st, 2009 - Beta release
  • October 22nd, 2009 - Release Candidate
  • October 29th, 2009 - Final release of Ubuntu 9.10
Untuk keterangan bagi Ubuntu 9.10 Karmic Koala (Alpha Release) yang telah dikeluarkan sebelum ini, sila baca artikel di bawah (Review oleh SOFTPEDIA).