
Jika diperhatikan, paparan
desktop Ubuntu ada kemiripan dan tidak jauh berbeza dengan Windows. Kerana itu lah juga Ubuntu bukanlah sesuatu yang susah untuk digunakan dan dipelajari oleh pengguna Windows.
Secara
default Ubuntu mempunyai dua
desktop panel iaitu atas dan bawah. Seperti
taskbar di dalam Windows,
desktop panel berfungsi bagi meletakkan beberapa petunjuk, shortcut dan menu sistem. Jumlah atau bilangan desktop panel ini boleh ditambah atau dikurangkan dengan mudah bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna.
Show/Hide desktop merupakan butang yang berfungsi bagi me
minimize kesemua tetingkap aplikasi yang dibuka ataupun me
restore semula ke ruang
desktop.
Penunjuk
workspace merupakan ciri Ubuntu yang sangat moden mengatasi ciri Windows.
Workspace berfungsi untuk menambah ruang
desktop, menjana
Desktop Cube dan bagi kemudahan pengguna mengasingkan ruang kerja kepada beberapa bahagian mengikut selera dan kehendak masing-masing.
Jika pada Windows pengguna terbiasa dengan
Recycle Bin, di Ubuntu pula ianya dinamakan
Trash iaitu tempat fail-fail dibuang (delete).
Sepertimana pada sistem operasi Windows, pengguna Ubuntu boleh meletakkan
shortcut bagi aplikasi tertentu samada pada
desktop mahupun pada
panel dengan hanya perlu
drag & drop sahaja.
Gambar
wallpaper boleh diubah dengan mudah hanya dengan right-click dan pilih
Change Desktop Background.
Pada
panel System Tray menyenaraikan jam & tarikh serta aplikasi yang sedang berjalan bersama sistem Ubuntu, seperti
Network Connection,
Sound Controller dan seumpamanya.
Di ruang
panel yang memaparkan nama pengguna dan juga butang keluar berfungsi sebagai shortcut button bagi kemudahan pengguna untuk
log out ataupun
shut down Ubuntu.
Banyak lagi fungsi yang hampir sama dengan windows yang terdapat dalam Ubuntu. Terokailah sendiri dan anda akan mengetahui lebih dari penerangan di sini.