
Sistem pengoperasian Ubuntu 9.04 mengandungi beberapa direktori/folder. Ianya dimulai dengan forward slash “/ “ yang diistilahkan atau dipanggil sebagai “root”, daripada sana akan tersenarai folder lainnya sepertimana dibawah;
- /bin = Mengandungi program asas untuk Linux seperti cp, ls, mkdir dan sebagainya. Fail-fail yang terdapat dalam folder /bin inilah juga menjalankan sistem Ubuntu.
- /boot = Mengandungi fail yang bersanggkutan bagi boot/menghidupkan komputer. Padanyalah juga tersimpan data Kernal dan Grub.
- /cdrom = Merupakan device/peranti CD yang ada terpasang pada komputer.
- /dev = Mengandungi fail-fail untuk berinteraksi dengan perkakasan komputer.
- /etc = Menyimpan data setting mahupun konfigurasi untuk administrator komputer.
- /home = Tersimpanya folder pengguna mengikut username yang digunakan dan padanya menyimpan data/fail-fail pengguna berkenaan.
- /lib = Mengandungi fail-fail sokongan (software library) yang diperlukan aplikasi yang ada dalam Ubuntu.
- /lost+found = Berfungsi sebagai backup data apabila sistem mati tiba-tiba.
- /media = Mengandungi sub-folder device/peranti yang di mount, seperti removeable disk ataupun thumb drive atau seumpamanya. Folder untuk capaian kepada disk yang di mount.
- /opt = Mengandungi perisian yang dipasang tidak menggunakan package manager.
- /proc = Fail sistem maya (Virtual) yang wujud dalam RAM. Selain itu, mengandungi maklumat Kernal.
- /root = Folder untuk pengguna root yang juga diistilahkan Super User.
- /sbin = Sofwer yang digunakan oleh Super User (Root User) bagi penyelangaraan sistem.
- /srv = Menyimpan data service.
- /sys = Mengandungi driver sistem fail yang tersimpan dalam RAM
- /usr = Mengandungi perisian yang dipasang menggunakan package manager.
- /tmp = Menyimpan fail/folder secara sementara yang diperlukan oleh aplikasi tertentu.
- /var = Mengandungi spooling variable seperti mail dan juga out put printer.