Khamis, September 17, 2009

Gloobus, Quick Look Untuk Ubuntu

Gloobus merupakan aplikasi yang dengannya membolehkan biskita untuk priview fail-fail yang ada tanpa perlu membuka fail berkenaan. Gloobus menyokong jenis fail: TXT , PDF, JPG, BMP, GIF, PNG, PSD, MP3, OGG, MPG, WMV, XCF. Ianya berfungsi seperti Quicklook yang ada pada Apple.

Menggunakan Gloobus adalah mudah iaitu hanya dengan men-select fail yang ada melalui Nautilus (file browser Ubuntu) kemudian tekan <SPACE BAR> pada keyboard.

Sebelum biskita memasang Gloobus, sila tengok terlebih dahulu video dibawah bagi bayangan apakah fungsi dan kehebatan Gloobus. Untuk perhatian, ketika ini Gloobus hanya berfungsi dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope sahaja dan belum lagi support untuk Ubuntu 9.10 Karmic Koala.





Kepada yang berminat untuk mencuba dan memasangnya dalam Ubuntu 9.04, sila ikuti langkah dibawah;

1. Buka terminal (Applications > Accessories > Terminal). Copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan menambah Key untuk Repository bagi Gloobus;
  • sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 0624A220
2. Buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan klik tab Third Party Software. Klik butang Add bagi memasukkan Gloobus PPA Repository dibawah ke dalam senarai source.
  • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu jaunty main
  • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu jaunty main
3. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).

Jika melalui terminal, copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan pengemaskinian Software Sources.
  • sudo apt-get update
4. Daripada terminal, copy dan paste arahan dibawah bagi tujuan pemasangan Gloobus;
  • sudo apt-get install gloobus-preview && sudo apt-get upgrade
5. Akhir sekali, copy dan paste arahan dibawah pada terminal untuk tujuan restart nautilus bagi menggunakannya;
  • nautilus -q
  • nautilus &
Keterangan lanjut mengenai Gloobus, bolehlah biskita rujuk di https://launchpad.net/gloobus

0 ulasan:

Catat Ulasan