Ahad, September 13, 2009

Ubuntu Tweak Versi 0.4.9

Pada 12 September, Ubuntu Tweak versi 0.4.9 telah dirilis. Keterangan lanjut mengenainya bolehlah biskita layari web site Ubuntu Tweak di http://ubuntu-tweak.com/. Untuk memasangnya pada Ubuntu 9.04 sila ikuti langkah di bawah;


  1. Buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan dibawah.

    • sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

  2. Daripada menu System, buka Software Source (System > Administration > Software Source) dan Klik tab Third Party Software.



  3. Klik butang Add dan masukkan arahan dibawah pada kotak APT Line kemudian klik butang Add Source.

    • deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main
    • deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu jaunty main




  4. Tutup tetingkap Software Sources. Tetingkap The information about available software is out-of-date akan dipaparkan. Klik butang Reload bagi tujuan pengemaskinian (Update).



  5. Selepas itu, buka Terminal (Applications > Accessories > Terminal), copy dan paste arahan di bawah bagi pemasangan Ubuntu Tweak.

    • sudo apt-get install ubuntu-tweak

  6. Untuk menaik taraf (upgrade) Ubuntu Tweak versi sebelum ini yang sudah di install dalam Ubuntu ke versi 0.4.9, copy dan paste arahan di bawah.

    • sudo apt-get dist-upgrade
Setelah Ubuntu selesai melakukan pemasangan/menaik taraf Ubuntu Tweak, biskita bolehlah membuka Ubuntu Tweak melalui menu Applications > System Tools > Ubuntu Tweaks.

0 ulasan:

Catat Ulasan