Rabu, September 02, 2009

Menjalankan Nautilus Dengan Status Super User

Seringkali pengguna Ubuntu terutamanya pengguna baru akan berdepan dengan kesukaran dalam melaksanakan kerja melalui Nautilus (File browser Ubuntu) pada folder/fail sistem Ubuntu iaitu folder/fail diluar folder home. Folder/fail selain folder home akan dikunci sepenuhnya dan menyebabkan pengguna tidak boleh menyalin, menyimpan mahupun mengedit folder/fail dimaksudkan. Keadaan yang menyukarkan ini sebetulnya ada kebaikan dan hikmahnya. Dengan adanya keterbatasan inilah mengapa sistem Ubuntu terselamat dari serangan Virus atau seumpamanya. Dengannya lah juga mengawal dan menyelamatkan sistem Ubuntu dari menghadapi kerosakan akibat kesilapan yang dilakukan oleh penggunanya.

Walaupun begitu, atas sebab kadangkala keperluan untuk menjalankan Nautilus dengan menggunakan status super user sangat dikehendaki oleh pengguna dalam melaksanakan kerja mereka, di sini dikongsikan tips untuk menjalankan Nautilus dengan menggunakan status Super User.

Cara pertama;
  1. Daripada terminal (Applications > Accessories > Terminal) taipkan arahan dibawah:
  • gksu nautilus
Cara Kedua;
  1. Tekan kekunci Alt+F2 pada keyboard. Akan dipaparkan tetingkap Run Applications (gambar bawah).
  2. Taipkan gksu nautilus pada kotak yang disediakan, dan tekan butang Run.
Cara Ketiga;

Membuat shortcut menu bagi menjalankan Nautilus dengan menggunakan status Super User dalam senarai menu Applications.
  1. Buka Main Menu editor (System > Preferences > Main Menu). Akan dipaparkan tetingkap Main Menu sepertimana gambar dibawah.
  2. Klik System Tools yang terdapat dalam ruangan Menus, selepas itu klik butang New Item. Tetingkap Create Launcer akan dipaparkan (gambar bawah).
  3. Taipkan Super Nautilus pada kotak Names. Selepas itu taipkan gksu nautilus pada kotak Command, kemudian pada kotak Comments taipkan Open Nautilus With Root Permissions. Akhir sekali tekan butang Ok dan tutup tetingkap Main Menu editor.
  4. Super Nautilus boleh dibuka melalui menu Applications > System Tools > Super Nautilus.
Perhatian: bekerja dengan menggunakan status Super User perlu berhati-hati. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kerosakkan pada sistem Ubuntu.

0 ulasan:

Catat Ulasan