Khamis, September 10, 2009

Pengurusan Folder/Fail Dalam Ubuntu (Siri 4)

Sistem Kebenaran

Dalam sistem Ubuntu, pengguna tidak boleh melaksanakan sesuatu perkara/kerja yang melibatkan fail sistem tanpa adanya kebenaran. Contohnya pada folder selain home, pengguna biasa tidak akan dapat mengedit, menyimpan, memadam mahupun memindah folder/fail berkenaan. Folder/fail selain yang ada pada folder home akan dikategorikan sebagai fail sistem.

Keadaan ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan pengguna, tetapi dengan adanya pengawalan inilah mengapa sistem Ubuntu terselamat dari serangan virus dan juga terselamat dari kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri.

Untuk mendapatkan kebenaran, pengguna perlu menggunakan terminal. Kebiasaannya kata arahan yang sering digunakan adalah "sudo", yang dengannya akan mengkehendaki pengguna menaipkan password sebagai kebenaran bagi meneruskan kerja yang hendak dilaksanakan.

Selain dari terminal, semasa proses pemasangan perisian, pengemaskinian sistem Ubuntu, pengemaskinian software sources atau seumpamanya, sistem Ubuntu akan meminta biskita untuk memasukkan password yang membawa maksud biskita memberikan kebenaran ataupun menggunakan status sebagai super user/root user bagi mengubah fail dalam "root" kepada sistem ubuntu. Sistem kebenaran ini penting supaya hanya aplikasi yang biskita kenali sahaja boleh mengubah apa-apa fail dalam direktori “root”.

Direktori root adalah bermaksud folder "/". Setiap direktori/folder dan juga fail-fail yang terdapat selepas dari "/" adalah memerlukan kebenaran root user/super user bagi bekerja dengannya; kecuali pada folder /home/user (user adalah username yang digunakan oleh pengguna dalam sistem ubuntu).

Adalah diingatkan kepada setiap pengguna agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melaksanakan apa jua kerja yang melibatkan kebenaran mahupun penggunaan status sebagai super user/root user. Sebarang kesilapan akan menyebabkan kerosakan pasa sistem Ubuntu. Dan jangan sesekali menggunakan kata arahan dan juga memasang apa juga perisian yang biskita tidak kenali.

1 ulasan:

Digital Ink berkata...

Teruskan usaha saudara membimbing pengguna seperti kami ini yang masih tercari-cari panduan menggunakan Sistem UBuntu. I highly appreciate your effort into educating beginners like me and general public in the understanding of a truly competitive OS ever exist.

Catat Ulasan