Rabu, September 23, 2009

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx

Beberapa hari lepas Mark Shuttleworth pengasas Ubuntu telah mengumumkan versi LTS (Long Term Support) terbaharu Ubuntu 10.04 dengan code name Lucid Lynx akan dirilis pada bulan April 2010. Sila lihat video dibawah mengenai pengumuman berkenaan.



Sebelum kemunculan Lucid Lynx di tahun hadapan, pada 29 Oktober yang akan datang ini, Ubuntu versi 9.10 Karmic Koala akan dirilis/dilancarkan. Ianya menjanjikan banyak perubahan dan pembaharuan dalam Ubuntu. Bagi peminat dan pengguna Ubuntu semestinya sudah merasa tidak sabar-sabar akan kehadiran Karmic Koala berkenaan apatah lagi akan tiba selepas itu pula Lucid Lynx. Pada ketika ini, gerakkan pelancaran Ubuntu 9.10 Karmic Koala sudah ditahap Alpha 6 dan akan memasuki tahap Beta pada 1 Oktober 2009.

1 ulasan:

Digital Ink berkata...

You have provided me with useful information. You are the best!

Catat Ulasan