
A. Menu bar. Menyenaraikan menu File, Edit, View, Go, Bookmark, Tab dan Help. Daripadanya membolehkan biskita untuk melaksanakan beberapa perkara hanya dengan menklik senarai menu yang dikehendaki.

B. Toolbar. Padanya terdapat butang Backward, Forward, Up, Reload, Home, Computer, dan Search.

Butang Backward dan Forward memudahkan biskita untuk berpindah ke sesuatu folder melalui file browsing history pada Nautilus. Sementara butang Up pula membolehkan biskita bergerak bagi memasuki ke parent folder yang sedang biskita bekerja dengannya. Butang Reload pula adalah bertujuan bagi refresh kandungan folder/fail yang ada. Butang Home berfungsi sebagai shortcut bagi memasuki ke folder home biskita, sementara butang Computer bagi menyenaraikan storage yang terdapat pada komputer, kurang lebih sama dengan My Computer pasa MS Windows. Butang Search pula berfungsi bagi mencari folder ataupun fail yang terdapat dalam hard disk mahupun pada external storage biskita.
C. Location bar. Memaparkan alamat kedudukan bagi folder/fail yang sedang biskita browse ataupun bekerja dengannya. Ianya boleh dipaparkan samada paparan butang ataupun alamat lokasi, iaitu hanya dengan menekan butang Toogle between button and text-based location bar.



D. Zoom Control. Butang zoom control membolehkan untuk biskita bagi memaparkan ikon dan teks yang ada pada ruang files area mengikut size yang dikehendaki.

E. Icon/List View Selector. Melaluinya membolehkan biskita samada untuk menayangkan senarai folder/fail secara Icon View, List View mahupun Compact View.

F. Side Pane. Memaparkan informasi yang bersanggkutan dengan folder/fail yang sedang di browse. Daripadanya juga memudahkan biskita untuk mencapai lokasi fail samada dalam hard disk, thumb drive, CD/DVD mahupun folder-folder lain.



Information: Memaparkan informasi yang bersanggkutan dengan folder yang sedang di browse.

Tree: Memaparkan senarai direktori/folder dan storage/device yang ada secara menyeluruh.

History: Menyenaraikan folder/fail yang telah biskita view/lawati, yang disimpan pada History Nautilus.



G. Files Area. Ruang yang memaparkan senarai folder/fail yang sedang biskita browse ataupun bekerja dengannya.

0 ulasan:
Catat Ulasan