Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ubuntu adalah sebuah sistem pengoperasian yang hebat. Kecepatannya untuk
boot memang tidak dinafikan. Selain itu, untuk melakukan instalasi apa sahaja aplikasi dalam Ubuntu amat mudah sekali dengan hanya menekan satu butang sahaja; tidak ada istilah
double-click - next - next - & next. Dan yang paling penting sekali adalah Ubuntu percuma dan ianya disokong oleh beribu sofwer-sofwer sumbar terbuka yang juga percuma untuk digunakan dalam Ubuntu.
Tidakah biskita ingin mencuba menggunakan sistem pengoperasian Ubuntu yang hebat ini? Jika biskita adalah pengguna Window$, biskita tidak perlu untuk terus meninggalkan Window$. Ubuntu boleh dipasang secara
dual-boot dengan Window$.
Dual-boot adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan keadaan apabila sesebuah komputer mempunyai dua sistem pengoperasian di dalamnya.
Dengan pemasangan Ubuntu secara
dual-boot akan memberikan kelebihan kepada biskita untuk dapat terus menggunakan Window$. Kebanyakkan pengguna akan memilih
option dual-boot ini sebagai peringkat percubaan mereka sebelum melakukan perpindahan ke sistem pengoperasian Ubuntu sepenuhnya.