Assalamualaikum dan salam sejahtera.
GetDeb adalah merupakan satu kemudahan seumpama portal perisian/aplikasi bagi pengguna Ubuntu dalam memasang dan mengemaskini aplikasi yang disenaraikan padanya.
Akan tetapi sejak kebelakangan ini, tapak web GetDeb menghadapi masalah dan tidak stabil, yang menyebabkan pengemaskinian tidak dapat dilaksanakan. Selain itu, apabila melakukan pengemaskinian secara manual samada melalui Update Manager mahupun Terminal akan menjadi lembab/perlahan atas sebab sumbar repository GetDeb (http://archive.getdeb.net/ubuntu lucid-getdeb apps) yang dimuatkan dalam fail sources.list tidak dapat diakses, yang akhirnya akan berlaku error dalam pengemaskinian tersebut.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, pengguna boleh menggunakan mirror site getdeb "deb http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps" dan "deb-src http://mirrors.dotsrc.org/getdeb/ubuntu lucid-getdeb apps"untuk dimuatkan dalam senarai Other Software pada alatan Software Sources.
6 Tips To Grow Your Phone Spy App
3 tahun yang lalu









Sepertimana yang telah diketahui umum pada minggu lepas 29 April 2010 sistem pengoperasian komputer yang berasaskan Linux iaitu Ubuntu 10.04 (LTS) Lucid Lynx telah dirilis dan dilancarkan. Ianya merupakan versi Long Terms Support (LTS) ke tiga selepas Ubuntu 8.04 Hardy Heron dan Ubuntu 6.06 Dapper Drake. Setiap keluaran versi LTS mendapat sokongan pengemaskinian (update) keselamatan dan kesetabilan untuk tempoh 3 tahun bagi desktop/laptop dan 5 tahun bagi komputer pelayan (server).
Walaupun Ubuntu 10.04 Lucid Lynx ketika ini masih diperingkat Beta 2, namun pengguna dan peminat Ubuntu sudah boleh mula membuat tempahan bagi mendapatkan CD PERCUMA rilis akhir (Final Release) Lucid Lynx berkenaan. Untuk tujuan tersebut biskita bolehlah berurusan di
Beberapa hari lepas Mark Shuttleworth telah mengumumkan mascot ataupun kod nama bagi versi terbaharu Ubuntu 10.10 dengan Maveric Meerkat. Ianya akan dirilis pada bulan Oktober 2010 dan akan mendapat sokongan selama 18 bulan. Keterangan lanjut mengenainya boleh dirujuk di 







